Najib dan Rosmah lawat Anwar Ibrahim di hospital Kuala Lumpur (HKL)

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan bahu kanan beberapa hari lalu.

Najib turut berkongsi gambar lawatannya di Facebook.

"Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu semoga beliau cepat pulih," tulisnya di halaman facebook.

Najib lawat Anwar

Turut kelihatan di dalam gambar ialah Datin Seri Dr Wan Azizah, isteri Anwar.

Datuk Seri Anwar terpaksa menjalani pembedahan bahu kanan akibat kecederaan yang bertambah buruk selepas kenderaan yang membawanya ke penjara mengalami kemalangan baru-baru ini.

Kecederaan itu berasal apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur dalam tahun 2014.

Keadaan kesakitan yang dialaminya dapat dikurangkan melalui rawatan riadah dan fisioterapi, namun keadaan dalam penjara didakwa membuatkan Anwar sukar meneruskan rawatan berkenaan.

Menurut keluarganya, keadaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu semakin memburuk sejak September tahun lalu, Dan beliau sering mengadu mengalami kesakitan.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila kenderaan yang membawanya dari hospital Kuala Lumpur kembali ke Sungai Buloh terbabit dalam kemalangan pada 22 September lalu.

3 Comments

  1. Tujuan Najib hanyalah untuk mendapatkan gambar bertemu Anwar dan akan dimanipulasikan oleh juak-juaknya nanti.

    ReplyDelete
  2. Nikmatilah Bermain Game Balap Anjing (Racing Dog)
    Disiarkan Secara Live Internasional
    Mari Bergabung Dengan Kami Sekarang Juga
    Segera Kunjungi Website di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi , info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete
  3. Dengan Pelayanan Terbaik, Costumer Servis Yang Ramah Dan Profesional, Dan Siap Melayani Anda 24 Jam NonStop Setiap Hari.

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    wechat : bolavita
    line : cs_bolavita
    whatup : 6281377055002
    BBM: D8C363CA (NEW), D1A1E6DF (NEW), D889B99C (NEW)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan