Robinho kena penjara 9 tahun kes rogol berkumpulan

SEBUAH Mahkamah di Italy menjatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun terhadap Robinho, bekas penyerang Brazil dan AC Milan selepas didapati bersalah terlibat dalam satu kes rogol berkumpulan terhadap seorang wanita Albania pada tahun 2013.

robinho dipenjara 9 tahun

Mahkamah di Milan Itali, memutuskan bahawa Robinho dan lima lagi warga Brazil merogol wanita berkenaan yang berumur 22 tahun semasa kejadian berkenaan selepas memaksa wanita itu minum arak secara berterusan dalam sebuah disko.

Bagaimanapun, lokasi Robinho dan 5 lagi tertuduh tidak diketahui, justeru perbicaraan itu telah ditangguhkan.

Robinho, 33 yang kini bermain dengan kelab bola sepak Atletico Mineiro di Brazil mengaku tidak bersalah menerusi peguamnya dan tidak pernah muncul dalam mana-mana sebutan kes mahkamah di utara Itali.

"Kami ingin menjelaskan bahawa dia (Robinho) telah mempertahankan dirinya terhadap tuduhan-tuduhan itu, menegaskan dia tidak terlibat dalam kes berkenaan," tulis satu kenyataan yang dikirimkan melalui laman Instagram rasmi Robinho.

"Segala tindakan undang-undang sedang diambil," tulis kenyataan itu lagi.

Robinho mempunyai 2 hak untuk merayu terhadap pertuduhan itu dan Itali hanya akan mengambil tindakan ekstradisi selepas proses perundangan itu tamat, kata satu sumber perundangan.

Walau bagaimanapun, negara Brazil tidak membenarkan tindakan ekstradisi terhadap rakyatnya, ini bermakna dia hanya akan ditahan dan dibawa ke Italy sekiranya berhenti di mana-mana negara ketiga.

Mahkamah di Milan Italy memerintahkan mangsa menerima Wang sebanyak EUR60,000 sebagai pampasan terhadap penderitaan yang ditanggungnya.

Robinho memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak di Santos, di mana dia telah membantu memenangi Liga dalam tahun 2002 dan 2004.

Prestasi hebatnya telah membawanya Real Madrid dalam tahun 2005 namun hanya bertahan selama 3 tahun dalam kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu sebelum menghabiskan masa hampir sedekad bermain dalam kelab-kelab di England, Itali, China, dan Brazil. — 24 November 2017

1 Comments

  1. wad dup
    HAPPY NEW YEAR 2018 AYO DAFTAR AKUN ANDA HANYA DI WWW S128AGEN COM
    MARI KITA RAYAKAN BERSAMA - SAMA
    Claim Segera Bonus Natal Dan Tahun Baru Hanya Di AgenS128 org :D
    Nikmati Semua Bonus Yang Kami Berikan, Hubungi Kami Sekarang Juga :)
    Untuk Lebih lengkapnya bos bisa lihat di Link kami :
    www s128agen net / www s128agen com
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan