Kanagarajah, lelaki dalam video "dey!" akhirnya bersuara

KETIKA rusuhan berlaku di sekelilingnya pada malam hari Selasa di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya S Kanarajah dilapor merasa marah dan tidak berdaya.

Dia sangat berang dan apa yang mampu dilakukan hanyalah menjerit "dey!" sebelum tersedak sambil menunjukkan isyarat tangan ketika reaksinya itu dirakam.

Pada ketika itu, matanya terbeliak sambil menjelirkan lidah akibat kehilangan kata-kata.

Kanarajah

Reaksi spontan itu telah menjadikan S Kanagarajah seorang ahli perniagaan begitu terkenal selepas rakamannya menjadi tular di media sosial.

Bukan itu sahaja, malah muncul hashtag #DeyChallenge dan #TheyyChallenge di mana warga media sosial termasuk ramai artis terkenal cuba meniru gaya marah yang dilakukan oleh Kanagarajah itu.



Kanagarajah bagaimanapun dilaporkan tidak kisah dengan tindakan netizen mempersendakan dirinya.

"Jika luahan kemarahan saya membuatkan mereka gembira, jadi tak ada masalah, biarlah mereka gembira," katanya seperti dilapor oleh FMT.

Tambahnya lagi, dia juga tidak menerima sebarang ugutan sejak video berkenaan menjadi tular.

"Saya cuma nampak mereka buat perkara lucu cuba untuk meniru gaya saya," katanya.

Dia juga menafikan reaksinya dalam video itu untuk berlawak.

"Pada waktu itu saya nak menangis bila saya lihat apa yang sedang berlaku,"

"Saya sengaja menunjukkan muka marah. Saya hanya sedih bila saya lihat kawan-kawan dipukul dan kepala mereka berlumuran darah,"

"Kita tidak mahu bertengkar dengan sesiapa, kita datang sana untuk sembahyang," kata Kanagarajah yang juga merupakan salah seorang sukarelawan di kuil berkenaan.

Gambar Kanagarajah yang memakai pakaian polis juga tersebar meluas di media sosial sebelum ini.

Memberi respon tentang sebaran itu, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun dilapor berkata, Kanagarajah sebelum ini pernah menjadi anggota Polis Simpanan Sukarela namun perkhidmatannya telah ditamatkan disebabkan "masalah tertentu,".

Pada hari isnin sekumpulan individu tiba-tiba datang ke Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, ketika penganut agama Hindu sedang berkumpul di sana.

Rusuhan yang berlaku mengakibatkan beberapa orang cedera dan bangunan kuil turut digeledah. Sejumlah 18 kenderaan yang diletakkan di luar kuil turut dibakar.

Awal pagi Selasa, dianggarkan sejumlah 10 ribu orang kaum India berkumpul di kawasan sekitar kuil selain menimbulkan kekecohan beberapa buah kenderaan turut dibakar oleh kumpulan ini.

Anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba untuk memadamkan kebakaran tetapi gagal ekoran berlaku rusuhan dan serangan terhadap kenderaan milik bomba.

Sila rujuk link di bawah untuk membaca laporan penuh tentang rusuhan kuil berkenaan.

BACA — Laporan penuh rusuhan Kuil Seafield

Post a Comment

1 Comments

  1. Salute ngan Uncle ni.... Respek sebab menjaga tahap kemarahannya....

    Nak marah pun jangan lah sampai melakukan jenayah kekerasan.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda