Kena rempuh kereta ketika rancak bersembang tepi jalan

BEBERAPA orang remaja yang sedang rancak bersembang di tepi jalan, kena rempuh dengan sebuah kereta jenis produa Kancil yang tidak sempat menghentikan kenderaan.

Kejadian itu secara kebetulan berjaya dirakam menggunakan kamera telefon pintar salah seorang dari mereka.

kena rempuh

Difahamkan, kereta tersebut yang dipandu agak laju terbabas selepas pemandunya terkejut sebaik melepasi selekoh tidak jauh dari kumpulan remaja itu, apabila mendapati mereka sedang berkumpul dan bersembang di pertengahan jalan dilaluinya.

Gara-gara terpaksa menekan brek secara mengejut, kereta itu terpusing dan terbabas sebelum merempuh kumpulan remaja tersebut.

Kumpulan remaja berkenaan yang menunggang motorsikal, difahamkan sedang rancak berbual sesama mereka tentang kejadian kemalangan yang baru dialami.

Sumber media sosial memaklumkan mereka terjatuh di jalan tersebut akibat terdapat kesan tompokan minyak yang membuatkan jalan berkenaan menjadi licin.

Di bawah ini video kejadian tersebut.


1 Comments

  1. lain kali bersembanglah di tengah lebuhraya. geng mat rempit sakai jenis bodoh mana! kalau mampus semua sekali pun lebih baik. menyemak dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. sungguh sial sekali! ptuih!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan