Loading...

Pembeli besi buruk kantoi tipu timbang (video)

SEBUAH klip video tersebar merakamkan kejadian bagaimana pengumpul dan pembeli besi buruk "kantoi" menggunakan timbang yang telah diubahsuai untuk menipu orang ramai.

Tipu Timbang

SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO

Kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Bernam, Tanjung Malim Perak beberapa hari yang lalu.

Berdasarkan video berdurasi 5 minit 45 saat itu, difahamkan, penipuan disedari oleh seorang lelaki selepas dia bertindak bijak meletakkan sekampit beras 10kg di atas timbang yang digunakan oleh pembeli besi buruk berkenaan.

Jarum timbang itu hanya menunjukkan nombor 7kg untuk sekampit beras seberat 10kg. Atau dalam kata lain, sejumlah 3kg berat telah diabaikan atau ditipu oleh timbang berkenaan.

Tipu Timbang

Pembeli besi buruk yang menaiki lori dengan nombor pendaftaran WDK6853 itu berulang kali memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut, selepas penipuannya terbongkar.

Tipu Timbang

Lori yang digunakan dipercayai milik syarikat SUN SHEMA Enterprise yang beralamat di No 14, Jalan Chenderawasih 1, Desa Keling Kalumpang 44100, Kuala Kubu Bahru, Selangor

Tipu Timbang

Pengajaran

Kejadian ini secara tidak langsung boleh memberi pengajaran kepada kita untuk berhati-hati setiap kali berurusan dengan pembeli besi buruk seperti ini.

Anda mungkin perlu memeriksa ketepatan timbang yang digunakan. Antara cara yang mudah ialah dengan meletakkan objek atau barang tertentu yang sudah diketahui beratnya terlebih dahulu.

Jika berat yang ditunjukkan oleh timbang berkenaan berbeza daripada yang sepatutnya, maka secara langsung anda tahu mungkin penipuan terancang sedang dilakukan kepada anda.

Di bawah ini rakaman video kejadian yang dimaksudkan, sila klik untuk menonton.


Post a Comment

17 Comments

  1. India jenis kaki tipu ni sekali imbas kita dah boleh agak mesti dia ni penyokong Pakatan Harapan. Sebab itu tak fikir langsung tentang halal haram.

    Sebab itu kita perlu memilih parti yang betul jika tak mahu ditipu, tak mahu kena kelentong.

    Pilihlah parti yang jujur yang tidak pernah menipu.

    PRU akan datang sama-sama kita beralih, undi PAS!

    #UP

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen mcm ni la buat ramai yang xnak undi PAS.. menyalahkan parti lain yg xde kena mengena dengan isu yg dilihat.. menyebabkan org nampak anda seorang yg suka menyalahkan org lain dan menuduh org dengan sewenang2nya...kalau india ni bukan penyokong pakatan harapan awak nk g mintak maaf ngan india ni ke?sia2 ja sy undi PAS kalau ada ahli pas mcmni

      Delete
    2. Haha. .apa kena mengena India ni menipu dgn PH?? Hebat betul ,tengok gambar saja pn boleh tau org tu penyokong parti mana.

      Delete
    3. Inilah masalahnya kalau ada orang mengaku duduk dalam kalangan orang alim (kononnya) tetapi bau mulutnya macam bau longkang setiap kali berkata-kata. Semua isu nak dipolitikkan. Semua kejahatan ditujukan kepada parti lawan. Saya sangat yakin bahawa ini bukan ajaran Iskam kerana Islam itu sangat indah. Jelaslah bahawa sia-sia sahaja usaha PAS menambahkan wilayah kepercayaannya dalan kalangan rakyat negara ini.

      Delete
    4. tahniah..hari ni komen anda mmg nampak bodoh..ada berjaya merealisasikan impian anda

      Delete
    5. Org yg komen tu mcm penunggang agama jer...
      Agak² lar nk cerita..
      Apa kaitan beli besi buruk dgn politik..
      Zamihan Kadir...yg berpemikiran kolot.

      Delete
    6. Perangai bangsat mcm ni yg kitorg xjadi undi parti racist mcm PAS. X hbs2 main isu perkauman. Allah pun malu awak ada perangai mcm ni. Insaf la.

      Delete
    7. Korang percaya dia orang PAS?
      Korang tahu tak perang saraf? Musuh kalau nak jatuhkan parti lain macam ni la caranya..konon dari PAS tapi sebenarnya parti lawan..

      Lepas tu masing-masing mula kutuk-kutuk...comel la sangat perangai masing-masing..

      Delete
  2. PAS adalah parti puak khawarij. Puak2 khawarij dan taliban dan Isis tiada tempat di Malaysia. Islam dan Melayu akan bangun tanpa PAS dan UMNO. Ini jihad sebenar untuk rakyat Malaysia, pupuskan parti2 pemfitnah dan khawarij ni!

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tuan. Ini antara bukti bahawa Malaysia TIDAK MEMERLUKAN PAS.

      Delete
  3. Cerita jual besi buruk jadi citer politik pulak...
    Jadi citer bangang pulak...

    ReplyDelete
  4. Ok beres kerja aku...sekarang semua org salahkan pas... ha.. ha

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Ni PH ANJING PUNYA GENG . KAWAN MILO AIS TABUR BARUAH

    ReplyDelete
  7. Apa la korang ni yg bersalah adalah Pembeli besi buruk yang menaiki lori dengan nombor pendaftaran WDK6853 dan dipercayai milik syarikat SUN SHEMA Enterprise apa kenamengena ngn PAS, PH @ UMNO, seandainya anda adalah seorg insan yg beragama islam tapis la ayat2 anda semua sebelum berkata2 ini semua adalah cermin agama kita mohon berfikir sebelum berkata2. Org non muslim bertepuk sorak atas perbalahan kita itu kah yg kita ingin kan. Berfikirlah sejenak.

    ReplyDelete
  8. orang ni baru meniaga tak pandai main timbang lagi...Jagan Cut Kalaw D bawa 30 kg bro sebap kadanng2 diorang akan test 1 kg ataw 10 kalaw nk cut pun letak 30 kg atas diorang akan malas ambik test timbang kalaw berat sagat jadi tak kantoi..la...

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda