Loading...

Menu Kari Babi hotel ada tulisan halal, netizen salahkan kerajaan Pakatan Harapan

TERSEBAR di media sosial gambar menu kari babi ada gambar karikatur babi berwarna pink, dan logo Hotel Earl's Regency, namun diletakkan tulisan halal berwarna hijau.

Gambar itu mula tular di media sosial selepas dimuat naik oleh halaman Facebook "1 Malaysia Tolak DAP"

"Menu trending #MalaysiaBaru nama hotel kau orang boleh tengok sendiri, menu dia pun kau orang boleh nilai sendiri, hati-hati tau, Jangan salah memilih hotel, tak pasal-pasal dapat bala,"



"Kita tunggu je kenyataan dari kerajaan negeri PH tu jawab, dengar cerita Mujahid dah siap sedia nak buat spin! Makin hancus!" tulis halaman Facebook itu mengaitkan menu babi berkenaan dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Kari Babi Logo Halal

Penyebaran gambar itu berjaya mencetuskan kemarahan orang ramai sekaligus menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Hal Ehwal Agama di JPM, Dr Mujahid Yusof Rawa juga turut menjadi bahan kutukan netizen berhubung perkara itu.

Kari Babi Logo Halal

Kari Babi Logo Halal

Namun, gambar yang disebarkan oleh halaman Facebook anti-DAP itu sebenarnya tiada kaitan dengan negara Malaysia.



Aku buat semakan, gambar itu pernah disebarkan sebelum ini di Hyderabad, India oleh laman Facebook "Andhra Pradesh Muslim Community" pada tarikh 15 Oktober 2018.

Kari Babi Logo Halal

Hotel Earl's Regency yang menghidangkan kari babi berlogo halal itu sebenarnya terletak di Sri Langka. Hotel itu juga telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf berhubung perkara itu pada 11 Oktober 2018.

Kari Babi Logo Halal

Laman facebook "1 Malaysia Tolak DAP" sengaja sebar berita palsu perbodohkan orang ramai, malangnya ramai orang yang berjaya diperbodohkan. Apa pun, tahniah kerana berjaya menjadi bodoh secara berjemaah.


Post a Comment

3 Comments

  1. Punya kemaruk nak kutuk kerajaan PH, hingga sanggup menipu. 'Lebai2' ni semua belajar menipu drp bossku najib kot. Dah, sila beratur dan minta maaf kpd yb mujahid

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada semua Nertizens yang cekap mencari kesalahan serata dan penelitian segini amatlah baik dan semuga kerja Tuan2 di redhoi Allah.

    Macamana kesilapan serius segini boleh terjadi? Jawapan dari fikiran saya adalah kesan Daawah tidak sampai kepada semua. Mustahil tak ada Supervisor di Hotel ini yang beragama Islam? mustahil juga kakitangan dan pengurusan Hotel tidak atau belum mengetahui bahawa Babi (Pork) adalah jenis binatang yang diharamlan Islam, Kristian dan Yahudi, kecuali Kristian yang tidak menerima ajaran Kitab Suci Injil tentang larangan ini dan Yahudi ada yang terima dan ada yang tidak, jka DI ISRAEL BABI DITULIS DALAM MENU SEBAGAI "WHITE BEEF". Pada yang selalu mengunjungi israel atau wilayah2 israel-friendly hati2 jika mengunjungi Restoran2 mungkin ada yang ternampak perkataan white-beef, itu adalah babi.

    1) Rata2 menyalahkan Kerajaan PH dalam isu ini, walaupun bukan Polisi Resmi Regent Hotel "MENGHALALKAN BABI" berdasarkan Surat Memohon Maaf Resident Manager (Buwaneka Bandara) diatas.
    2) KETEGASAN NETIZEN SEMUA, YG ISLAM ATAU BELUM, SANGAT DIHARGAI.

    Tetapi kita mungkin gagal atau leka pada peringkat diri, menjalankan Daawah terhadap Management dan menyalahkan Kerajaan PH semata2, apakah hanya Kerajaan sahaja yang WAJIB menjalankan Daawah pada Manusia? Sesiapa yang ternampak kesilapan wajib menegur serta merta dan pihak Kerajaan ADALAH WAJIB manjalankan PERATURAN KHUSUS TERMASUK MENYEMAK SIJIL HALAL DAN SEKITAR DAPUR HOTEL INI serta MEMBERIKAN MAKLUMAT KEPADA UMUM BAHAWA REGENT HOTEL ADLAH HOTEL YANG TIDAK MENJALANKAN PERATURAN HALAL DALAM PENYEDIAAN MENU MEREKA.

    Marilah kita sama menjalanjan TUGAS sebagai seorang Islam yang bertanggungjawab membetulkan apa saja yang sesuai dengan kemampuan kita, kerana AGAMA ITU ADALAH NASIHAT (Addeenu Nasihah).

    ReplyDelete
  3. Kalau dah bodoh tak ke mana.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda