Sembilan bulan gaji tak dibayar, pemain bola sepak terpaksa jadi nelayan

SERAMAI 27 pemain bola sepak Negeri Perlis dilaporkan terpaksa menjadi nelayan dan kerani sementara sebahagian lagi melakukan kerja mencuci kereta untuk meneruskan hidup, gara-gara gaji tertunggak selama 9 bulan.

Pemain bola sepak perlis

Pasukan Perlis yang beraksi dalam Liga Perdana Malaysia 2018 (FAM) itu dilapor tidak membayar gaji pemain selama 9 bulan bermula Mac 2018 sehingga penghujung musim pada bulan November.

Penjaga gol, Fahmi Izzarin Mustafa, 24 berkata Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) telah berjanji untuk melangsaikan segala hutang gaji pada 7 Januari tahun ini, namun sehingga ke hari ini tidak diselesaikan menyebabkan para pemain terpaksa mencari jalan lain untuk meneruskan hidup.



"PFA telah memberikan kami pelbagai alasan dan terus menangguh-nangguhkan isu itu. Mereka fikir perkara itu selesai selepas kami mencapai persetujuan tentang bagaimana untuk menyelesaikan gaji kami tahun lepas," kata Fahmi dalam satu sidang media dihadiri 16 pemain di Kangar hari ini.

Fahmi turut menerangkan bagaimana ketika musim 2018, pemain PFA terpaksa mengeluarkan belanja perjalanan sendiri, dan perbelanjaan tempat tinggal tidak dibayar.

Seorang lagi pemain Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman, 30 yang bermain di posisi pertahanan berkata, musim baru bakal bermula mereka tidak boleh berpindah ke pasukan lain sehingga mereka dilepaskan oleh PFA kerana mereka masih di bawah kontrak untuk tahun 2019.

"Berdasarkan perjanjian yang dipersetujui, bayaran akan dibuat secara berkala, namun sehingga hari ini kami tidak menerima walau satu sen," kata Ezzrul lapor Bernama.

Perkara itu turut menarik perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan menggunakan peruntukan untuk PFA tahun 2019 bagi menyelesaikan tunggakan gaji berkenaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan