Loading...

Sultan Kelantan dalam proses ceraikan isteri Russia lapor media Indonesia

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan sebagai YDP Agong, baru-baru ini sedang dalam proses menceraikan isteri Russia lapor media Indonesia, Kompas.com



Dalam laporan bertajuk, "Mantan Raja Malaysia dikabarkan segera ceraikan istri Rusianya," media itu melaporkan "pernikahan Sultan Muhammad V dengan Oksana Voevodina, 25 mantan ratu cantik Moskwa itu, dikhabarkan berada di tepi penceraian,"

TAG

Media itu melaporkan, peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Agong dipercayai ada kaitan dengan pernikahannya dengan bekas ratu cantik Rusia itu yang dilapor sebagai "alasan utama lengsernya Muhammad V dari tahta,"

Kompas.com turut memetik sumber berita dari Rusia, Tolko Nikomu yang melaporkan bahawa "sejumlah dokumen yang diperlukan untuk penceraian sudah dipersiapkan," dan sebuah lagi berita dari kampung halaman Oksana yang melaporkan berita serupa.

Pasangan pengantin baru itu juga dilaporkan dilaporkan sering bertengkar. Namun ayah Oksana menafikan segala khabar angin mengenai pernikahan puterinya itu.

"Semua khabar angin. Saya tak membaca Internet tetapi jika mereka benar bercerai, sayalah orang pertama akan tahu," kata Andrey Gorbatenko, seorang doktor bedah dan juga merupakan ayah Oksana.



Dalam masa yang sama media itu turut memetik sumber berita lain yang menyebut bahawa Oksana kini sedang hamil, namun tidak dapat memastikan kebenarannya.

Post a Comment

3 Comments

  1. Perempuan tu setuju kahwin krn agaknya itulah peluang terbaiknya utk jadi permaisuri(queen). Dah tak jadi queen......

    ReplyDelete
  2. Tunggu nik amar keluarkan kenyataan 'cerdik' dia.

    ReplyDelete
  3. This is from indonesian news,, and sultan is ours.. Why must we use other country's news to create a hype? If you dont have enough evidence then don't blatantly post some rubbish! Shame on you!!

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda