Lelaki ini curi kamera CCTV selepas sedar perbuatan jenayahnya dirakam (video)

SELEPAS menyedari perbuatan jenayahnya dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki tidak berbaju yang sedang menceroboh rumah di daerah Mersing, Johor bertindak mencuri CCTV berkenaan bagi mengelakkan perbuatannya terbongkar.

Mujur kamera CCTV tersebut mempunyai sistem menghantar rakaman terus kepada simpanan di "cloud" secara online sekaligus membolehkan rakaman itu diperolehi semula oleh tuan rumah meskipun kamera CCTV sudah dicuri oleh lelaki terbabit.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Curi CCTV selepas sedar wajahnya dirakam

Berdasarkan rakaman video berdurasi 30 saat yang tersebar di media sosial, lelaki itu dilihat berjalan secara mengundur ke arah kamera CCTV selepas sedar perbuatannya dirakam, sebelum menutup mukanya dengan kain dan bertindak mencuri kamera tersebut.

Difahamkan antara barang lain yang dicuri oleh lelaki tersebut ialah duit anak-anak yang disimpan di dalam tabung.

Rakaman video yang tersimpan di "cloud" didedahkan dan dikongsi oleh Hafiz Azwany Taher menerusi akaun Facebook miliknya kelmarin (9 Febuari 2019).

"Pasang CCTV, sekali CCTV kau kebas. Pandai pula jalan mengundur dan tutup muka setelah kau sedar kau dirakam.

Dengan duit anak-anak saya dalam tabung pun kau rembat.

Nasib baik ada cloud recording. So kita tularkan dulu muka encik akan menjadi tauladan kepada yang lain." tulisnya Hafiz Azwany.

Difahamkan juga, laporan polis telah dibuat dan segala bukti juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjejaki suspek terbabit.

Di bawah ini rakaman CCTV berkenaan, sila klik untuk menonton video.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan