Loading...

Setiausaha Agung PAS kata audio rakaman 'terima duit Umno' adalah suara Nik Abduh

SETIAUSAHA Agung Pas, Takiyuddin Hassan dilapor mengesahkan rakaman audio suara Ahli Parlien Bachok, Mohamad Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengaku parti itu menerima dana dari Umno.

Takiyuddin juga mendakwa Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suaranya tetapi apa yang dicanang oleh musuh politik Pas tidak menggambarkan perkara sebenar lapor Malaysiakini.

Takiyuddin Hassan

"Memang Nik Abduh akui itu suara dia, tetapi tidak membawa konteks dan maksud yang sebenar."

"Yang disebut soal Pas terima duit Umno, bukan itu sahaja banyak lagi huraian. Jadi pada saya untuk memahami konteks ayat di dalam audio seseorang itu perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan,"

"Dari minit pertama hingga minit terakhir," katanya kepada media ketika ditemui di Kota Bharu hari ini lapor Malaysiakini.

Isu rakaman suara Nik Abduh mengaku Pas terima duit Umno bukanlah isu baru, ia telah heboh sejak sebelum pilihanraya Umum ke 14 lagi.

Namun perkara itu kembali heboh selepas Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik saman fitnah terhadap Sarawak Report yang menuduh pemimpin atasan parti itu menerima wang sebanyak RM90 juta dari Umno untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sebelum ini seorang ahli PAS bernama Dr Muhammad Atiullah menerusi Facebook tampil mendakwa "menjadi saksi" bersama 40 orang lagi saksi hidup, ketika Nik Abduh membuat 'pengakuan menerima duit Umno'.

BACA — Lebih 40 saksi dengar Nik Abduh mengaku terima duit Umno

Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menyifatkan orang yang merakam suara Nik Abduh dan menyebarkannya sebagai pengkhianat.

BACA —  Pengkhianat rakam dan sebar suara Nik Abduh dalam majlis tertutup

Nik Abduh sebelum pilihanraya Umum ke 14 pernah menafikan rakaman audio itu, dengan mendakwa itu bukan suaranya.

"Isu yang paling utama mereka nak panjangkan Pas terima duit Umno, mereka cipta rakaman mendakwa saya mengakui dan saya nafikan, rakyat dah muak dengan isu sebegini," katanya pada 5 April 2018.

Post a Comment

10 Comments

  1. Sah lah ya ?

    Isi pokok nya PAS telah terima duit dari UMNO .

    UMNO yang selama ini jadi musuh ahli PAS ..

    UMNO yang telah menyusahkan rakyat .

    UMNO yang rosak kerana rasuah dan pemimpin nya hidup mewah.

    UMNO yang kutuk dan hina Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. .

    UMNO yang jadi barua penjajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko nie mcm pendatang haram....
      Tak pernah tahu sejarah negara....

      Yg kuat kutuk dan hina pas adalah pm ke4.Bekas ahli umno.....
      Klu dia dah mengata org tu...dia tak peduli pon ttg aib org yg dihinanya.
      Maklumlah dia pon boleh keluarkan fatwa sendiri....hihihi

      Skrg dia dah bertobat dan insaf....
      Tak percaya?????
      Hihihihi.....

      Delete
    2. Nak tanya puak kencing pekat....
      Pas terima wang umno tu utk tujuan apa sebenarnya (jika ada)????
      Harap ada wakil husam tugu atau mana2 yg berilmu tlg jelaskan...

      Delete
    3. Belum pernah Tun mengaku dia mengutuk menghina. Mana rakaman suara Tun yang memgaku mengutuk tu ?

      Jika ada? Memang ada. Beli kereta mewah, plet kereta dan rumah beratus-ratus ribu ..

      Paling tidak guna untuk calun PRU.. nak jadi King Maker.. Malu nya jadi Raja Putar Alam

      Delete
    4. anon 15:27

      tujuan apa duit tu kena tanya yg terima lah. tujuan apa tk penting, apa niat pemberi dan sumber mana duit tu yg mustahak. kalua najib bagi ikhlas dan pas terima ikhlas demi islam.. kenapa byk pusing2. mengaku je lah.

      sekarang beduh dh kantoi dgn org pas sendiri. dia mati2 nafikan. pas lain sahkan suara dia. salah satu pihak mesti pembohong. dua2 pihak dr pas.

      rasanya yg bohong ialah beduh sebb dh kantoi dn cemas. pas lain kahirnya terpaksa korbankan beduh demi selamatkan parti. beduh dikorbankan mcm razak baginda.

      tu belum cita bab beduh kawan CIA. kalau PH kawan cina pun pas dh tolak, apatah lagi beduh kawan cia. sejak bila cia bertobat dn perjuang islam pulak?

      Delete

  2. Bila Najib nafikan ada ulamak minta pihak lain terima penjelasan Najib.

    Macamana keadaan kau orang dalam solat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apahal tanya dalam solat pulak? apa kaitan

      Delete
  3. Jumpa ularmak & lobai katok dua2 sekali..HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. katok dan pulangkan kepada CIA, sumbat ke Guantanamo.

      patutlah bila terdesak nk kalah najib minta nyawa dgn CIA, rupanya kawan pas.

      u help me, I help u dgn PASCIA

      Delete
  4. pengkhianat rakam suara abduh ! maknanya betullah suara tu. bagi pas memanglah mereka pengkhianat. bagi org berakal mereka tu penegak kebenaran. sudah tentu mereka pun org pas juga. takkan LKS pula join majlis tu.

    dan abduh terus bermunafik menafikan. 40 saksi ada. bukan takat 4 saksi.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda