Penguatkuasa MBMB diserang 3 samseng jalanraya, 2 kali kena tumbuk di muka (video)

SEORANG lelaki yang bertugas sebagai anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diserang oleh tiga samseng jalan raya di atas jambatan Klebang, Melaka.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Samseng jalanraya

Video berdurasi 1 minit 16 saat yang merakamkan kejadian ketika mangsa diserang oleh samseng berkenaan, tular di media sosial.

Berdasarkan salinan laporan polis dibuat oleh mangsa, Nor Hasidi Bin Md Nor, di Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah, kejadian berlaku pada 4 Febuari 2019 (semalam) sekitar jam 9:00 pagi.

Menurutnya, semasa sedang memandu kereta dengan nombor pendaftaran MCN8542, sejurus dia menggerakkan kenderaan di lampu isyarat Klebang Utama selepas lampu bertukar hijau, tiba-tiba sebuah kereta dengan nombor pendaftaran VD8232 dari arah bertentangan telah membuat pusingan u.

"Saya terus mengekori, apabila kenderaan seiring saya menggunakan isyarat tangan kepada pemandu motokar tersebut, 1 lelaki India bersama dua lagi kawannya,"



Samseng jalanraya

"Semasa di jambatan motokar tersebut telah memotong dan mem 'block' (menghalang) motorkar saya, ketiga-tiga telah turun menuju ke motokar saya."

"Telah berlaku pergaduhan mulut antara kami, ada yang menendang motorkar saya dan salah seorang dari lelaki India tersebut telah menumbuk saya di bahagian muka sebelah kanan sebanyak dua kali," katanya.

Di bawah ini rakaman video kejadian berkenaan, sila klik untuk menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan