Loading...

Remaja biadap buli warga emas (video)

TINDAKAN beberapa orang remaja biadap membuli seorang lelaki warga emas menimbulkan kemarahan orang ramai selepas rakaman perbuatan itu tular di media sosial Facebook.

Remaja biadap

Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 24 saat itu, seorang remaja dilihat sengaja menumbangkan sebuah motosikal mengenai kaki pemiliknya, seorang warga emas berkopiah serta berkain pelikat.

Warga emas yang kelihatan tidak berdaya itu terkial-kial mengangkat motosikal itu, sambil kedengaran suaranya beristighfar.

Sejurus kemudian warga emas itu dibaling pula dengan objek seperti serpihan kotak selepas dia memberi nasihat kepada kumpulan remaja itu bahawa tidak guna puasa jika tidak solat.

"Puasa kalau tak solat pun tak guna betul tak?" Kata warga emas itu.

Salah seorang remaja kedengaran menjawab "Janji puasa wak (pakcik) dapat pahala lah juga," sebelum serpihan kotak itu melayang ke arah kepala warga emas itu namun sempat ditepis dengan tangan kirinya.

Ketika warga emas itu mula hendak bergerak dengan menunggang motosikalnya, salah seorang remaja secara biadap mengambil sebuah botol air mineral sebelum meletakkannya di atas kepala orang tua malang itu.

Di akhir rakaman video kumpulan remaja itu terus mengolok dan mengejek warga emas itu yang sudah mula bergerak dengan motosikalnya meninggalkan mereka.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan, sila klik untuk menonton.



Difahamkan kejadian ini berlaku semalam (12 Mei 2019) di salah sebuah lokasi di Sijangkang Selangor.

Post a Comment

5 Comments

  1. Kok ini bebudak wong jowo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak tu memang Jowo. Ini yakin anak2 Jowo juga

      Delete
  2. Kene cekup dah dengan keluarga pak Cik tu Dan org kampung

    https://www.thereporter.my/2019/05/video-kenapa-kau-buat-bapak-aku-macam.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Gilakkk, Kurang ajar tuh budak

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda