Henti segera penjualan gula-gula keluarkan asap rokok — TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap seperti asap rokok dihentikan segera.

Kak Wan

Dr Wan Azizah yang juga merupakan Menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat, menggesa ibu bapa untuk lebih memantau anak-anak mereka.

"Saya tidak mahu perkara ini menjadi satu masalah sosial menular kepada anak-anak sejak umur muda," katanya kepada wartawan ketika ditanya tentang Ghost Smoke selepas program "Sri Wacana Sri Satria," hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula gula Ghost Smoke keluarkan asap seperti asap rokok ketika dihisap.

Dr Wan Azizah juga tidak menolak kemungkinan Ghost Smoke boleh menjadi punca kepada masalah penagihan dadah.

"Mula-mula rokok, kemudian dadah selepas itu syabu," tambahnya.

Dalam program "Wacana Ilmu Sri Satria," itu, Ketua Jabatan Perpustakaan dan Sains Informasi universiti Islam antarabangsa, Prof Dr Roslina Othman menyampaikan syarahan bertajuk "model Ansar dan muhajirin dalam pengurusan pelarian,"

Program itu merupakan cetusan idea Dr Wan Azizah sendiri untuk mempromosikan Sri Satria, yang juga merupakan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, sebagai pusat pengembangan ilmu.

Seorang tokoh akan menyampaikan satu syarahan sekali sebulan untuk berkongsi pengetahuan yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan negara.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan