Adakah Kenyataan Bersumpah (SD) diterima di mahkamah akhirat tanya Najib

DATUK Seri Najib Razak hari ini mengejek kembali mereka yang mempersoalkan "sumpah laknat," dilafazkannya pada hari Jumaat lalu berhubung pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Najib Razak Sumpah Laknat

Menurut Najib, ramai yang mempersoalkan sama ada sumpah laknat dilakukan olehnya akan diterima oleh mana-mana Mahkamah undang-undang dalam negara.

"Selepas saya bersumpah laknat semalam, saya lihat ada yang mempersenda sumpah laknat yang saya lakukan."

"Ada yang mempersoalkan bahawa adakah sumpah laknat saya diterima di mana-mana mahkamah?"

"Soalan yang sama saya ingin utarakan, adakah sumpah di hadapan pesuruhjaya Sumpah di terima di mahkamah akhirat kelak?" tanya Najib dalam satu kiriman menerusi akaun Facebook miliknya.

Kiriman itu turut disertai dengan tangkapan layar ulasan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang mengatakan bahawa sumpah laknat tidak akan menyelamatkan seseorang daripada perbicaraan mahkamah.

Bekas perdana menteri melakukan sumpah laknat susulan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh bekas anggota unit tindakan khas (UTK) Azilah Hadri mengeluarkan satu kenyataan bersumpah mendakwa diarahkan secara terus dari Najib untuk membunuh Altantuya.

SD itu telah difailkan oleh peguamnya J Kuldeep Kumar pada 17 Oktober sebagai sebahagian daripada permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat semakan terhadap sabitan hukuman terhadapnya.

Pada tahun 2009 Azilah dan seorang lagi bekas komando Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah membunuh Altantuya pada tahun 2006 namun mereka telah dibebaskan pada 2013 selepas proses rayuan.

Bagaimanapun Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan bersalah terhadap mereka dalam tahun 2015 seterusnya mengembalikan hukuman mati.

Najib telah melafazkan sumpah laknat di hadapan sejumlah kira-kira 1,000 orang jemaah Masjid Jamek Kampung Baru pada 20 Disember lalu selepas Solat Jumaat.

1 Comments

  1. SD di mahkamah akhirat diterima atau tidak,tu kena tanya penyokong Najib kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan