Gerhana matahari penuh di Malaysia 26 Dis 2019

PADA hari Khamis, 26 Disember 2019 ini, jangan lupa untuk menoleh ke langit kerana pada tarikh itu akan berlaku gerhana penuh matahari sepanjang hari yang boleh dilihat dari Singapura, serta banyak tempat di Malaysia dan Indonesia.

Gerhana Matahari 2019

Gerhana matahari pada hari Khamis ini boleh dilihat dari Arab Saudi merentasi India dan Asia tenggara. Ia disebut sebagai 'annular eclipse' (gerhana bercincin) di mana keadaan bulan menutupi matahari pada waktu siang kelihatan seperti berbentuk "cincin berapi".

Keadaan ini berlaku kerana saiz matahari yang sangat besar, ditambah dengan kedudukan bulan pada waktu sama jauh dari bumi, menyebabkan ia gagal melitupi keseluruhan saiz matahari. Justeru kita tidak akan dapat melihat suasana gelap sepanjang hari ketika kejadian gerhana itu nanti.

Annular Eclipse

Ini mungkin peluang sekali seumur hidup untuk anda melihat keadaan gerhana matahari penuh dengan bentuk "cincin berapi," yang kebetulan dapat dilihat sepanjang hari di negara ini. Difahamkan waktu puncak gerhana itu ialah pada pukul 1 tengah hari.

Kejadian ini juga sebenarnya sangat-sangat sukar ditemui, kerana gerhana matahari yang boleh dilihat dari Malaysia dijangka hanya akan berlaku seterusnya pada tarikh 21 Mei 2031 (11 tahun lagi). Jadi jangan lepaskan peluang yang ada untuk menyaksikannya secara langsung.

Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan untuk menggunakan peralatan yang sesuai untuk melihat gerhana matahari. Memandang secara terus ke arah matahari boleh mengakibatkan buta dan pelbagai masalah mata.





Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan