Nama Najib kali pertama disebut oleh pihak berkuasa Amerika dalam skandal 1MDB

PIHAK berkuasa Amerika syarikat buat pertama kali menyebut secara jelas nama Najib Razak berhubung skandal 1MDB.





Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat dilapor menyebut nama Najib Razak sebagai individu utama dalam kes tuduhan rasuah berkait 1MDB yang dikenakan terhadap Tim Leissner, bekas eksekutif Goldman Sachs.

Najib Razak

SEC telah mengeluarkan perintah kekal mengharamkan Leissner dari terlibat dalam industri kewangan sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang diumumkan hari Isnin bersama bekas pegawai bank pelaburan itu.

Perintah SEC itu mendedahkan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah berjaya mendapatkan berbilion dolar dalam siri terbitan bon bersama dengan Goldman Sachs.

Leissner pula bersubahat bersama yang lain untuk menyelewengkan wang berjumlah lebih USD2.7 bilion sebagai sebahagian dari rancangan untuk menjamin perniagaan dengan gergasi pelaburan Amerika.

Wang yang diseleweng itu telah dibahagikan "sebagai rasuah dan sogokan kepada pegawai-pegawai kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi, termasuk tetapi tidak terhad kepada Najib Razak,"

Pihak berkuasa Amerika Syarikat sebelum ini hanya menggunakan terminologi "Government Official," tanpa menyebut nama Najib Razak secara jelas.

SEC turut mendedahkan bahawa terdapat satu transaksi haram berjumlah USD1.3 juta (RM5.4 juta) dilakukan bertujuan untuk membayar barangan kemas Rosmah Mansor, isteri kepada Najib Razak.





Menurut SEC lagi, seorang ahli perniagaan Low Taek Jho telah memindahkan sebanyak USD200 juta (RM840 juta) ke dalam akaun-akaun yang dikawal oleh Leissner.

Penjenayah dalam buruan yang dikenali sebagai Jho Low merupakan kawan rapat kepada Najib, dan dianggap sebagai 'dalang' disebalik skandal 1MDB.

Perintah SEC itu hasil dari penyelesaian yang ditawarkan oleh Leissner itu menggambarkan bahawa bekas eksekutif itu terlibat di dalam memudahkan amalan rasuah untuk menjamin bayaran mewah dari hasil penjualan bon 1MDB.

Sebagai contoh sebelum ini, Leissner pernah memberitahu jawatankuasa Goldman Sachs bahawa Jho Low tidak terlibat dalam aktiviti transaksi bon 1MDB.

Leissner cuba menggambarkan Jho Low sebagai seorang pelanggan rasmi Goldman Sachs, namun perkara itu telah ditolak sebanyak sekurang-kurangnya tiga kali oleh pegawai-pegawai pematuhan dalaman.

Najib Razak kini sedang berdepan sejumlah 42 pendakwaan jenayah di Malaysia termasuk tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Sumber — sec.gov

Post a comment

7 Comments

  1. Den ingat dulu Anwar hebat menempuh kehidupan dengan dakwaan liwat yang di ada-ada kan tetapi Najib lagi hebat dengan bermacam-macam dakwaan yang dapat membuktikan kesalahan jenayah nya.

    Bukan calang-calang orang si Najib ni...

    Ini bukan bererti saya menyokong Najib, Si Penyamun + dan mungkin se orang pembunuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar kena bersumpah laknat tak pernah mendubur saiful dan memuki chinadoll barulah org respek.

      Delete
  2. Kate awang Selamat selepas najib ditemuduga wartawan Al Jazeera.
    Pembohong tu Belum tentu pencuri, Tapi pencuri tu selalu nya pembohong .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm dituju kpd KERA_jaan semburit yg bnyk berbohong jer tulisan tuan tu.....

      Delete
  3. Seorang teman pernah beritahu kenapa dsai tak tumbang2. Kerana landasannya adalah agama dan seorang yang dianiaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar ker yg berambus dari masjid ketika azan berkumandang?

      Delete
  4. Untuk bukti pencairan W / A: +6281617538564
    Nama ******* Neni Syahir
    kota: ******** Bandung
    jumlah pinjaman: ****** Rp5,5 miliar
    suku bunga: ******* 1%
    @Twitter ikuti sekarang: *********** @AasimahaLoan

    Saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. Saya tidak tahan lagi. 4 November 2019, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI PERUSAHAAN PINJAMAN, yang akhirnya membantu saya dengan pinjaman besar untuk membayar hutang bank saya. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu-ibu Muslim yang memberikan perusahaan pinjaman besar milik sendiri, pemilik pabrik dan individu pribadi untuk meningkatkan kehidupan dan bisnis mereka. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia. Jika Anda menginginkan pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka. Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammer di blog ini yang tidak memiliki situs web di peta Google,. perusahaan pinjaman resmi AASIMAHA ADILA AHMED LOAN memberi saya pinjaman Rp5,5 miliar dengan tingkat bunga sangat rendah untuk 1% seiring dengan pinjaman berjangka dengan persetujuan cepat dan pencairan mendesak. Jika Anda menginginkan kapita investasi yang besar dan Anda ingin membayar hutang Anda, segera terapkan dan berbahagia seperti banyak orang di sini.
                                          Batas aplikasi di bawah ini

    E-mail: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ::: ************ + 447723553516
    Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda