Pekerja Golden Screen Cinema kantoi rakam wanita dalam tandas guna telefon pintar

SEORANG wanita rakyat Singapura yang sedang dalam lawatan bersama keluarga di Johor Bahru terkejut apabila mendapati seseorang sedang merakam dirinya ketika berada dalam tandas Paradigma Mall pada hari Sabtu 21 Disember.

bukti skodeng

Ms Chen berumur 42 tahun, yang juga merupakan seorang suri rumah memberitahu Shin Min Daily News bahawa dia dan suami sering membawa dua orang anak lelaki mereka ke Malaysia untuk menonton wayang dan berbelanja setiap minggu.

Ketika kejadian berlaku, mereka sedang mahu menonton filem IP Man 4 sekitar jam 6.15 petang di Golden Screen Cinema.

Menurut Ms Chen, dia pergi ke tandas yang terletak di tingkat tujuh sebelum tayangan filem bermula.

Tiga dari empat tandas yang ada di situ sedang digunakan, jadi Ms Chen memilih tandas terakhir dan terkejut apabila dia mendapati ada tangan di bahagian bawah kanan tandas.

Tangan itu dilihat memegang satu handphone jenis Samsung berwarna hitam dan sedang merakam video.

"Saya sangat terkejut dan cepat-cepat memakai semula seluar dalam, saya cuba tenangkan diri untuk tidak buat bising,"

"Ketika saya buka pintu, saya nampak dua orang wanita warga Singapura keluar dari tandas bersebelahan, saya bisik kepada mereka dan beritahu ada seseorang sedang merakam video,"

"Mereka terkejut tapi tidak cakap apa-apa,"

"Pada ketika itu, lelaki tidak senonoh itu masih bersembunyi di dalam tandas, jadi saya minta wanita itu untuk memerhatikannya dan mengelakkan dia lari ketika saya pergi mendapatkan bantuan,"

Sebaik sahaja keluar dari tandas, Ms Chen terus menjerit meminta pertolongan.

Seramai lebih 10 orang termasuk kakitangan panggung wayang dan pihak keselamatan datang selepas mendengar kekecohan.

Dengan ditemani oleh keluarga, Ms Chen mengetuk pintu tandas dan meminta lelaki itu keluar.

Selepas kira-kira dua minit, seorang lelaki muda bercermin mata membuka pintu berkenaan dan melangkah keluar.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian mengepungnya.

Ms Chen mengenal pasti lelaki itu sebagai pekerja panggung wayang berdasarkan pakaian seragam Golden Screen Cinema (GSC) yang dipakainya.

Kantoi skodeng

Suami Ms Chen segera memeriksa handphone suspek namun tidak menemui apa-apa imej atau video yang salah kerana dia dipercayai telah memadamnya.

Lelaki berusia 19 tahun itu yang mendakwa dia masuk ke tandas wanita secara tidak sengaja akhirnya diserahkan kepada pihak polis untuk penyiasatan sekaligus dia telah digantung dari tugas.

Ms Chen bukan sahaja terpaksa pergi ke balai polis untuk merakam percakapan, malah dia tidak dapat menonton wayang dan berbelanja, akhirnya dia hanya dapat pulang sekitar jam 4.30 pagi keesokan harinya.

"Saya harap dengan berkongsi pengalaman peribadi ini, wanita Singapura akan lebih berhati-hati dan memberi tumpuan kepada keadaan sekeliling ketika masuk ke tandas di tempat asing," tambahnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan