Sekolah tahfiz diarah tutup kerana pihak pengurusan berbeza parti politik (video)

TINGGAL beberapa hari lagi musim persekolahan tahun 2020 akan bermula, namun para pelajar sebuah sekolah tahfiz di Batu Pahat tidak dapat meneruskan pengajian seperti biasa apabila bangunan pengajian mereka diarah tutup difahamkan kerana pihak pengurusan berbeza parti politik.

Amaran Maahad Tahfiz Al Maarif

Menurut Ustaz Azrain, Pengetua Maahad Tahfiz Al Maarif, bangunan sekolah yang sudah beroperasi selama 3 tahun itu telah dikunci dan para pelajar tidak lagi dibenarkan meneruskan pengajian.

"Bila kami semua balik bercuti, mereka kunci dan mangga habis sekolah kami," katanya.

Ditanya apa alasan penutupan itu, Ustaz Azrain mendedahkan bahawa dalam tahun ini, ahli jawatankuasa (AJK) yang menguruskan sekolah itu telah dipecat kerana mereka telah meninggalkan PAS.

"Tahun ini berlaku pertukaran AJK, AJK yang lama tu dipecat dengan cara yang tidak eloklah, alasannya mereka tuduh AJK yang lama ni keluar parti (PAS)," katanya.

Justeru Ustaz Azrain terpaksa menggunakan rumahnya sendiri sebagai pejabat untuk menerima pendaftaran para pelajar Maahad Tahfiz Al-Maarif bagi sesi pengajian tahun 2020.

Rumah jadi pejabat

"Kami masih beroperasi, rumah saya jadi pejabat dan kelas, saya pasang empat khemah untuk tingkatan 2 dan tingkatan 3 di rumah saya juga," jelasnya.

Khemah jadi kelas

Tambahnya lagi, pagi ini mereka telah dibenarkan untuk mengangkat barang-barang supaya boleh dipindahkan ke tempat baru.

"Pagi ini kami tengah angkat barang ni, dibenarkan keluarkan barang kami, selama ni (bangunan) dimangga (dikunci)," katanya.

Angkat barang

Di bawah ini antara luahan Ustaz Azrain yang dirakam ketika sedang mengangkat barang-barang untuk dipindahkan ke tempat baru.



Sebelum ini tersebar di media sosial satu notis pemberitahuan yang memberi AMARAN bahawa sesi persekolahan Maahad Tahfiz Al-Maarif bagi sesi 2020 tidak dibenarkan beroperasi.

"Tindakan mana-mana pihak yang melanggar notis di atas adalah satu bentuk PENCEROBOHAN," tulis notis bertarikh 4 Disember 2019 itu.

Notis Amaran

Jika anda ingin menyumbang kepada tabung Maahad Tahfiz Al-Maarif ini, anda boleh bank in duit secara terus ke akaun MAYBANK atas nama MAAHAD TAHFIZ AL-MAARIF di nombor akaun 5514 2712 4028

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan