Sugarbook memperkasakan wanita kata pengasasnya

PENGASAS merangkap ketua pegawai eksekutif (CEO) Sugarbook, Darren Chan mempertahankan aplikasi temujanji yang dibangunkan oleh pihaknya, menurutnya ia merupakan alat untuk memperkasakan wanita dengan cara memberikan mereka platform temujanji.

Sugarbook

Dia juga dilaporkan berkata adalah tidak adil untuk mengharamkan aplikasi itu di Malaysia.

Aplikasi temu janji Sugarbook, telah mencetuskan kontroversi selepas iklannya dipamerkan menerusi billboard elektronik di Bangsar dan Bukit Kiara dua kawasan pasaran kelas atasan di bandar berkenaan. Difahamkan iklan itu telah mula diterbitkan sejak 3 Disember.

Paparan iklan itu telah menimbulkan kekecohan di media sosial di mana orang ramai mempersoalkan kesesuaian perkhidmatan sedemikian rupa di Malaysia.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam tadi telah mengarahkan iklan itu untuk diturunkan.

"Memandangkan kebimbangan awam terhadap billboard iklan kami, kami harap Anda faham bahawa kami telah membina Sugarbook bagi memperkasakan wanita dengan menyediakan mereka satu platform temujanji supaya mereka boleh   memilih secara bebas apa yang mereka mahukan dalam satu hubungan yang ideal, tanpa perlu diteliti,"

"Pemerkasaan wanita adalah tentang meningkatkan kapasiti wanita agar mereka boleh memilih secara bebas,"

"Kata kunci di sini ialah 'pilihan' dan Sugarbook adalah tentang menyediakan orang ramai dengan pilihan yang tepat," kata Chan dalam satu kiriman di Facebook.

Sugarbook telah dibangunkan oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Malaysia yang mensasarkan menjodohkan lelaki-lelaki kaya dengan wanita — yang digelar sebagai "sihat daddy dan mummy," — dengan "Sugar baby,"

Laman rasmi aplikasi itu memberikan maksud 'sugar daddy' sebagai seorang lelaki yang kaya yang ingin membelai 'sugar baby' menerusi sokongan kewangan sebagai balasan cinta dan menjadi peneman.

Syarikat itu mula ditubuhkan dalam bulan Disember 2016 dan kini telah berkembang ke Singapura dan Filipina.

Hari ini ahli parlimen lembah pantai Fahmi Fadzil mengatakan bahawa laman sesawang dan iklannya adalah tidak sesuai di Malaysia dan menentang norma-norma masyarakat.

"Saya tidak fikir laman sesawang itu sesuai dengan nilai-nilai timur," kata Fahmi.

Menurutnya walaupun Sugarbook adalah sebuah perniagaan yang sah, ia perlu memahami konteks budaya dan sensitiviti agama di negara ini.

Menurut Chan "Sugar baby," bukankah pekerja-pekerja seks haram.

"Mereka tidak menjual diri mereka untuk duit. Mereka merupakan individu tulen dari pelbagai latar belakang contohnya, ibu tunggal yang hidup susah, suri rumah, janda dan individu yang sudah bercerai,"

"Dalam pada kami percaya niat orang ramai adalah baik, adalah tidak adil untuk mengharamkan kami,"

"Akhir sekali kami bimbang permintaan ini akan melemahkan kebebasan rakyat Malaysia," tambahnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan