Tak masuk akal hanya 2 anggota polis disabitkan bersalah bunuh Altantuya kata peguam negara

PEGUAM Negara mempertimbangkan untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang didakwa ada kaitan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.





Dua orang bekas anggota polis pengawal peribadi Najib telah disabitkan bersalah dalam tahun 2006 kerana membunuh Altantuya Shaariibuu.

"Semua orang tahu tidak masuk akal hanya mereka berdua yang disabitkan bersalah," kata Peguam Negara, Tommy Thomas dalam temubual bersama Bloomberg pada hari Jumaat "Jadi kita tahu bahawa cerita itu tidak lengkap,"

Peguam Negara

Mahkamah-mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka berdua bergelut dengan ketiadaan motif, sementara kenyataan terbaru Azilah menunjukkan bahawa sebenarnya mungkin ada motif dalam kejadian pembunuhan itu.

"Lebih banyak perlu disiasat oleh pihak polis dan kita akan menilainya," kata Tommy Thomas ketika ditanya sama ada kes itu akan dibuka semula.

Azilah Hadri memohon untuk perbicaraan semula selepas menulis satu kenyataan bersumpah secara terang-terangan menuduh bekas perdana menteri mengarahkannya menangkap dan memusnahkan Altantuya kerana mangsa merupakan perisik asing dan ancaman kepada keselamatan negara.

Najib telah menafikan penglibatannya. Pada hari Jumaat lalu ahli parlimen pekan itu telah membuat satu sumpah laknat mengatakan dia tidak memberikan arahan membunuh Altantuya dan tidak pernah bertemu dengan wanita itu.

Menurut ayahnya, Sharibuu Setev, Altantuya merupakan jurubahasa yang boleh bertutur dalam bahasa Rusia dan Cina, kerana dibesarkan serta belajar di Rusia dan Mongolia, sebelum berhijrah ke China untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi.





Saksi-saksi dalam perbicaraan tahun 2007 juga berkata bahawa Altantuya bekerja sebagai seorang penterjemah dalam perjanjian kerajaan membeli kapal selam Scorpene yang kini disiasat oleh pihak berkuasa anti rasuah Malaysia dan Perancis.

Altantuya maut di Malaysia selepas dibawa ke sebuah kawasan hutan terpencil oleh dua orang anggota polis. Laporan polis menunjukkan bahawa mangsa telah ditembak dan diletupkan dengan bahan letupan jenis C-4.

Abdul Razak Baginda

Bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya pula telah dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh disebabkan oleh kekurangan bukti.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan