Tiada satu pun negara Islam yang maju kata Tun M

PERDANA MENTERI Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor memberitahu hadirin dalam sidang kemuncak Kuala Lumpur hari ini bahawa tidak ada satupun negara Islam yang dianggap maju meskipun mereka memiliki kekayaan yang sangat besar.

Tun Mahathir KL Summit

"Mereka semuanya lemah dan tidak mampu untuk melindungi umat Islam, meskipun itu adalah tanggung jawab yang dianjurkan oleh agama mereka,"

"Sekiranya kita menilai situasi kita dengan jujur, kita mesti mengakui bahawa agama kita telah menjadi subjek kepada banyak fitnah dan tuduhan jahat,"

acara yang berlangsung sehingga 21 Disember itu disertai oleh delegasi-delegasi dari 20 negara termasuk Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Hassan Rouhani.

Dalam ucapannya Mahathir berkata, muslim dan Islam sudah cukup dikaitkan dengan keganasan dan kegagalan kerajaan, tindakan-tindakan yang tidak rasional dan kelakuan yang tidak bertamadun.

Tambahnya lagi negara-negara muslim dituduh mengamalkan autoritarian, dan tidak peka kepada hak asasi manusia, katanya orang Islam tuduh dunia bukan Islam berat sebelah dan tidak adil di dalam penilaian mereka.

"Tapi kita tidak boleh menafikan fakta bahawa peperangan saudara di beberapa negara negara Islam, banyak yang terhutang budi kepada negara-negara bukan Islam yang berkuasa, orang-orang Islam lari daripada negara mereka sendiri untuk mencari perlindungan di negara-negara bukan Islam," katanya.

Menurutnya orang Islam sangat bergantung kepada bukan Islam di dalam memenuhi keperluan mereka, sampai ke tahap mereka tidak boleh memperlengkapkan diri sendiri untuk melawan serangan pihak lain.

"Kita bergantung kepada pihak yang mengkritik kita untuk membekalkan kita (dengan senjata)," katanya sambil menambah bahawa keadaan ini jauh lebih buruk berbanding abad ke-15 ketika umat Islam baju di dalam sains dan kejuruteraan terutama di dalam bidang pembuatan.

"Tetapi tidak hari ini,"

Berhubung islamofobia, kata Mahathir umat Islam bersedia untuk mati bagi melindungi identiti sedara Muslim yang lain, dan sebahagian dari mereka malah sedang tenat.

"Namun kita telah melakukan lebih banyak kerosakan kepada agama kita melalui tindakan-tindakan keganasan," tambahnya.

Di bawah penjajahan Eropah katanya umat Islam telah kehilangan negara.

"Bermula dari titik kemerosotan ini, mereka tidak pulih meskipun selepas mendapat kemerdekaan,"

Sekiranya tidak berlaku perubahan tambahnya umat Islam akan terus ditindas dan kemerosotan mereka akan semakin teruk.

Mahathir juga berkata umat Islam tidak lagi boleh memisahkan diri mereka kerana keadaan masyarakat sudah berubah.

"Tiada negara akan kekal rakyatnya seratus-peratus umat Islam hari ini," katanya. "Agama-agama lain, nilai-nilai lain dan cara hidup yang lain memberi kesan kepada kita meskipun mereka tidak tinggal bersama kita,"

Post a comment

6 Comments

  1. Mangkuk tua nie kaki fitnah.
    Dia menyamun tapi mengata org lain penyamun. Klu tak menyamun tak akan mgkin anak2 dia kaya raya. Ada ladang kuda di luar negara.
    Munafik pura2 baik. Selamba jer mangkuk tua nie mengata org....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam Najib Razak dan adik beradiknya semua kaya raya, anak Najib pun kaya raya siap boleh terbitkan filem lucah bertaraf antarabangsa dibintangi oleh pelakon bertaraf antarabangsa macam Leonardo DiCaprio dan lain-lain.

      Kalau tak kerana menyamun mana Najib dan adik beradik serta anak beranak dia boleh dapat duit banyak?

      Delete
    2. Memang betullah apa yg si rapuji sotong pasal Matdey Kutty.....

      Delete
    3. Memang betullah apa yg si rapuji sotong dan Bang Non kata ....pasal Matdey Kutty.....itu belum lagi dari mulut kawan kodim dia si lim kit sial tu...

      Delete
    4. Aku pon setuju. Kekayaan keluarga mahdey nie sampai 7 keturunan tak akan habis.
      Patut pon mahdey anti sangat dgn anwar krn anwar tahu segala kekotoran najis mahdey dan anak-anaknya.
      Dia hantar peguam peribadinya utk membela budak rambut kusut masai tu.
      Dah nak mampus pon gila nak buat fitnah.Semoga cepat tersembam ke tanah baru aman dunia.

      Delete
  2. Dan negeri2 termaju di malaysia ialah kelantan dan tganu dibawah pemerintahan parti Islam......

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda