Menteri Kewangan mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan menukar kepada jenama lain seperti spekulasi yang tersebar meluas susulan tularnya gambar-gambar Toyota Vellfire untuk menteri dan Honda Accords bagi pegawai kanan kerajaan untuk menggantikan Proton Perdana dan Toyota Camry yang sudah dimakan usia digunakan kerajaan waktu ini.

"Mereka tidak mempunyai cukup (kenderaan) untuk menteri-menteri dan timbalan menteri. Kerana itu kami beri pilihan sekiranya tidak cukup, kamu boleh pilih (jenama) yang lain," katanya kepada wartawan merujuk kepada Proton Perdana.
"Tapi kini kita sudah terima pengesahan bahawa Proton Perdana mencukupi, sebab itu kita kekalkan menteri menteri dan timbalan menteri akan menggunakan Proton Perdana," tambahnya selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya.
Mengulas lanjut, kata Guan Eng, pemilihan kenderaan import dari Jepun hanyalah sebagai pilihan selepas syarikat yang dipilih oleh kerajaan sebagai pembekal menunjukkan mereka tidak mempunyai stok kereta kereta Proton Perdana yang cukup.
2 Comments
Bolehkah kereta rasmi menjadi Proton X70
ReplyDelete?
okayyy baiklah kalau begitu.
ReplyDeletebillboard malaysia
road signage
lightbox signage
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda