Tidak cukup baju pelindungan, 500 kakitangan perubatan dijangkiti virus coronavirus

BEBERAPA sumber mengesahkan sekurang-kurangnya sejumlah 500 orang kakitangan perubatan hospital di Wuhan telah dijangkiti coronavirus pada pertengahan bulan Januari kerana baju perlindungan (Hazmat Sut) sedia ada untuk mereka yang bertugas tidak mencukupi.

Hazmat Suit

Perkara itu sekaligus mengakibatkan hospital kekurangan sumber manusia selain menimbulkan kebimbangan di kalangan pekerja kesihatan dan perubatan sedia ada yang kini berkhidmat untuk menangani wabak berkenaan.

SCMP melaporkan, kerajaan China tidak memberikan gambaran sebenar kakitangan hospital yang dijangkiti virus itu, malah doktor dan jururawat diminta supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada umum.

Tiada penjelasan diberikan terhadap arahan itu, namun pihak berkuasa kerajaan difahamkan berbuat demikian untuk meningkatkan motivasi di kalangan kakitangan perubatan yang berjuang di barisan hadapan.

Lebih-lebih lagi selepas kematian Dr Li Wenliang, yang meninggal dunia akibat virus berkenaan beberapa minggu selepas disiasat oleh pihak polis kerana memberi amaran kepada rakan-rakan sekerjanya tentang kemunculan virus baru itu.

Sebuah lampiran yang tersebar di media sosial bagaimanapun mendedahkan kadar jangkitan di kalangan kakitangan perubatan di Wuhan, China.

Lampiran itu mendedahkan pada pertengahan Januari, dianggarkan sejumlah 500 kes jangkitan coronavirus telah disahkan di kalangan kakitangan hospital, dengan 600 lagi individu disyaki turut dijangkiti virus pembawa maut itu.

Sumber dari sebuah hospital utama di Wuhan yang dipetik oleh SCMP yang mempunyai maklumat tentang situasi itu, mengesahkan bahawa lampiran yang tersebar di media sosial itu adalah tulin.

Menurut sumber berita itu lagi, angka yang ditunjukkan pada lampiran yang viral itu juga selari dengan angka-angka yang diberikan oleh dua orang doktor lain dari hospital-hospital utama di Wuhan.

Antara yang dijangkiti termasuk sekurang-kurangnya 100 orang kakitangan dari hospital Xiehe dan Renmin di Universiti Wuhan, dengan 50 kes lagi dari Hospital Number 1 dan Zhongnan di Wuhan.

Selain menjadi halangan kepada hospital untuk menangani wabak serta merawat pesakit, pakar-pakar perubatan melihat situasi itu menjadi petunjuk penting mengukur betapa mudahnya virus tersebut yang telah membunuh lebih 1,000 orang, boleh berpindah dan menjangkiti orang ramai di hospital.

Salah seorang doktor dari hospital utama di wuhan yang meminta agar namanya tidak didedahkan berkata, perkembangan itu telah menjatuhkan semangat di kalangan pekerja perubatan, tambahnya lagi kakitangan perubatan merasa "tidak berdaya," ketika melihat makluman rakan-rakan sekerja mereka yang telah dijangkiti virus itu.

"Sebab itulah kami melancarkan lebih banyak rayuan sumbangan untuk perkakas perubatan, terutama pakaian pelindung Hazmat," kata seorang doktor, yang mendakwa kawasan pengasingan untuk memisahkan kakitangan perubatan yang sakit kini sudah penuh.

"Kami lihat sendiri begitu ramai rakan-rakan sekerja jatuh sakit kerana perkakas perlindungan, sedia ada tidak mencukupi,"

1 Comments

  1. Data pribadi
    negara Indonesia
    Nama: Arif Hidayat
    Alamat: Jl.ds.lamangkona tawaeli
    Sudah dua tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp30 juta dari AVANT Loan Company dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. AVANT Loan telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Deborah bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya menyerahkan tambahan Rp250 juta setelah melalui proses hukum saya. pinjaman disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 jam di rekening bank BCA saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Bu Deborah dan tim manajemen pinjaman terbatas Avant telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah baik di Amerika Serikat, MALAYSIA dan INDONESIA, sehingga tidak ada masalah sama sekali.
    Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Avant Loans Limited hari ini dan selalu
    e_mail: [avantloanson@gmail.com]

    WhatsApp: +6281334785906

    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan