Anwar tubuh Sekolah Yayasan Anda untuk pelajar tercicir, ratusan ribu dapat manfaat

PADA 1971 Ketika berusia 23 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh seorang ahli perniagaan bernama Daud Seman telah menubuhkan sekolah Yayasan Anda Akademik di mana Anwar sendiri menjadi tenaga pengajar dan juga guru besar sekolah tersebut.

Nama Yayasan Anda diambil sempena nama Anwar dan Daud.

Di kala ramai belia seusianya membina kerjaya, untuk kukuhkan ekonomi diri sendiri, beliau pilih tubuhkan sekolah untuk memberi peluang kedua kepada anak bangsa yang tercicir dalam peperiksaan

Sedih melihat nasib anak bangsa Melayu ketika itu ramai yang keciciran dalam peperiksaan dan terpaksa mengambil peperiksaan berulang kali, dan kebanyakan mereka gagal maka beliau menubuhkan sekolah dengan bayaran yuran hanya RM1 setahun bagi membantu mereka mendapat peluang kedua seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Anwar Ibrahim Yayasan Anda

Antara tenaga pengajar yang terlibat adalah sukarelawan, pensyarah dan mahasiswa rakan-rakan Anwar yang sudi menyumbangkan tenaga demi anak bangsa. 

Difahamkan mereka tidak diberikan gaji atau elaun yang tetap sebagai tenaga pengajar, malah Anwar sendiri hanya mendapat gaji yang kecil.

Sambutan sangat luar biasa dari orang ramai calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (MSE) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (HSE) yang mahu menuntut di Yayasan Anda, tetapi tempat terhad untuk mereka.

Anwar Yayasan Anda

Akhirnya Yayasan Anda mewujudkan sistem pembelajaran Gaya Pos untuk pelajar dari seluruh Malaysia. Sistem ini telah berjaya membantu ratusan ribu pelajar seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi selain mendapat kedudukan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta.

"Anwar Ibrahim, to know is to love," — MiLo SuaM

Post a comment

0 Comments