Netizen sekolahkan Rais Yatim kerana pertikai perkenan YDP Agong

GARA-GARA satu tweet yang dilihat mempertikai perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tan Sri Rais Yatim bukan sahaja menerima kecaman ramai, malah turut disekolahkan oleh netizen.


Kiriman itu dihantar menerusi akaun Twitter miliknya selepas YDP Agong menolak permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mahu negara di takbir di bawah undang-undang darurat.

"Baik sekali hebahan nasihat Tuanku YDA ini. Cuma satu perkara amat penting dari segi Per 40(1A) Perlembagaan telah tercabul. Kenapa Peguam Negara tidak menimbulkan bahawa peruntukan mandatori Per 40 telah diketepikan? Ini kan tonggak Raja Berpelembagaan?" tulis Yang di-Pertua Dewan Negara itu yang turut mengirimkan gambar YDP Agong.

Rais Yatim Twitter

Bagaimana pun tindakannya yang mempertikai perkenan YDP Agong hanya berdasarkan satu Perkara tanpa merujuk bahagian lain dalam Perlembagaan membuatkan ramai netizen bertindak menyekolahkan Rais Yatim.

"Perlu dibaca dengan Per. 150(1) Tan Sri. 

Ada pengecualian pada Per. 40(1): 'kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan'

Pengecualian untuk proklamasi darurat dijelaskan dalam Per. 150(1): "Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati," tulis @RimauXI antara yang memberi respon terhadap tulisan itu.

"Per. 150(8)(a) seterusnya menyatakan "hal puas hati yang di-pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan kondusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan," tambahnya.


Mohd Nordin Adlan pula berkata: "Rais yatim ini memang ahli politik jadi dia akan ambil ayat yang dia untung, tetapi pada masa yang sama menunjukkan kebodohan RY sendiri, indirectly twitter RY memperlihatkan kebiadaban kepada YDP tanpa berfikir panjang, Wallahualam,"

"Pada pendapat saya, dia bukan tak tahu. Cuma selective post nak kelirukan orang. Saya anggap tweet RY ini sangat biadap terhadap YDPA.


Kalaulah tweet yang sama datang dari kalangan harapan." Kata @jer_yong5541.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan