Peranan Anwar Ibrahim dalam penubuhan Multimedia University (Universiti Telekom)

RAMAI yang telah mengetahui peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, Bank Islam dan lain-lain.


Namun peranan beliau di dalam mewujudkan satu lagi universiti terkenal negara milik Telekom iaitu Multimedia University, (MMU) mungkin kurang mendapat perhatian.

Multimedia University

Perkara itu diceritakan oleh bekas pengurus kanan Telekom Malaysia, Dato' Wira Omar bin Jaafar dalam satu temubual.

Menurut Omar, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan dalam kabinet kerajaan pada tahun 1994, telah mencetuskan idea penubuhan universiti itu.

"Dia (Anwar) pernah tanya dengan saya tahun 1994, Omar Telekom untung berapa? Saya kata RM1.4 bilion."

"Apa Telekom buat dengan keuntungan? Saya kata saya jaga human resources, saya belanja dalam RM200 juta satu tahun,"


"Dia (Anwar) kata tak cukup, apa yang cukup? Dia (Anwar) kata saya nak Telekom menubuhkan universitinya sendiri," kata Dato Wira Omar mengimbau kembali perbualannya dengan Datuk Seri Anwar 26 tahun yang lampau.

"Dan time (semasa) dialah (Anwar dalam kerajaan) Universiti Telekom ditubuhkan," jelas beliau.

Omar turut mengimbau kembali nasihat yang diterimanya daripada Anwar Ibrahim berhubung keuntungan dan tanggung jawab sosial.


"Apa yang dia (Anwar) katakan frofitability with social responsibility (keuntungan dengan tanggungjawab sosial) jadi jangan cari untung je, lupa dengan kewajipan, dia guna perkataan itulah," tambah Omar lagi.


Sejarah penubuhan Multimedia University (MMU)

Telekom Malaysia Berhad (TM) telah menubuhkan Institut Telekomunikasi dan Informasi Teknologi (ITTM) dalam tahun 1994 di Taiping Perak.

Kampus pertama ITTM itu telah dibina di atas kawasan ibu pejabat TM bahagian Utara di mana seramai 42 pelajar telah dipilih untuk menjalani percubaan program Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi selama 2 tahun.

Dalam tahun 1996 selepas kejayaan dua ambilan pertama, TM telah dijemput oleh Menteri Pendidikan pada masa itu untuk menubuhkan universiti swasta pertama di Malaysia.


ITTM kemudiannya dianugerahkan status universiti seterusnya ditukar nama kepada Universiti Telekom. 

Dalam tahun 1997, sebuah kampus telah dibina di Melaka dalam daerah Ayer Keroh. Penubuhan kampus itu melibatkan pembangunan semula bekas ibu pejabat TM bahagian Selatan.

Seterusnya kerajaan Malaysia telah menawarkan TM sebuah universiti dalam MSC Malaysia yang juga dikenali sebagai Multimedia Super Corridor sebagai pemangkin program MSC.


Sebuah kampus telah dibina di Cyberjaya dan dibuka pada 8 Julai 1999. Hubungan di antara kampus Cyberjaya dan MSC mengambil inspirasi hubungan di antara Stanford University dan Silicon Valley di California, Amerika Syarikat.

Akhirnya Universiti Telekom telah ditukar nama kepada Multimedia University (MMU).


"Anwar Ibrahim, to know is to love,"  — MiLo SuaM

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan