Senarai produk buatan Perancis di Malaysia

PERANCIS (France) merupakan antara negara dunia yang mempunyai hubungan perdagangan dengan negara kita Malaysia. 



Berdasarkan rekod dari pangkalan data United Nation (UN) COMTRADE, jumlah import barangan dari Perancis ke negara Malaysia bagi tahun 2019 adalah sebanyak US$2.62 bilion (RM11 bilion).

Produk dari Perancis

Berikut senarai teratas jenama-jenama popular dari Perancis yang berada dalam pasaran Malaysia (Senarai ini tidak muktamad, sebaliknya akan ditambah dari masa ke semasa)


1. Orange™
Syarikat Orange™ sebelum ini dikenali sebagai France Telecom ia merupakan sebuah syarikat korporat telekomunikasi dari Perancis.

2. BNP Paribas 
BNP Paribas merupakan syarikat perbankan dari Perancis yang telah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1973.

3. Total SE 
Sebuah Syarikat multinasional Perancis yang mengusahakan carigali minyak dan gas. Syarikat ini mula diasaskan dalam tahun 1924 kini menjadi antara tujuh syarikat minyak terbesar di dunia.


4. Engie
Syarikat pembekal tenaga hijau dari Perancis. Antara produk yang di bekalkan oleh Syarikat ini ialah sistem tenaga solar.

5. Louis Vuitton
Louis Vuitton Malletier lebih dikenali sebagai Louis Vuitton atau dengan nama panggilan yang lebih singkat LV adalah sebuah gedung fesyen dan syarikat barangan mewah yang diasaskan sejak tahun 1854 oleh Louis Vuitton. Kebanyakkan produk produk keluaran syarikat ini menggunakan logo LV.

6. Airbus
Airbus adalah sebuah syarikat korporat multinasional yang diasaskan pada 18 Disember 1970 di Blagnac, France. Airbus merupakan syarikat terbesar dunia di dalam mereka bentuk serta membina pelbagai produk pengangkutan udara untuk kegunaan ketenteraan dan masyarakat awam.

7. L'oreal Paris
L'Oreal adalah sebuah syarikat yang menghasilkan barangan penjagaan diri yang berasal dari Perancis. Ibu pejabatnya terletak di Clichy, Hauts-de-Seine, dan turut mempunyai pejabat berdaftar di Paris. ia merupakan syarikat kosmetik terbesar di dunia.




8. Carrefour
Gergasi gedung keperluan harian namun pada tahun 2012 syarikat Aeon dari Jepun telah membeli keseluruhan perniagaan Carrefour di Malaysia dengan harga US$250 juta (RM1 bilion). 

9. Danone
Danone merupakan jenama syarikat multinasional pembuat makanan, yang berpengkalan di Paris, Perancis.


10. Dior
Christian Dior SE atau lebih dikenali sebagai Dior, adalah sebuah syarikat barangan mewah dari Perancis. Syarikat ini dimiliki dan dipengerusikan oleh seorang ahli perniagaan Perancis bernama Bernard Arnault yang mana beliau juga mengetuai LVMH kumpulan barangan mewah terbesar dunia.

11. Garnier
Jenama produk penjagaan kulit dan pewarna rambut dari Perancis ini diasaskan pada tahun 1904, menggunakan nama Laboratoires Garnier, bermula dengan pelancaran produk losyen rambut berasaskan tumbuhan. Selepas berdekad lamanya ia mula mengembangkan perniagaan daripada bidang pewarna dan penjagaan rambut kepada produk penjagaan kulit bermula sejak tahun 1970.

Post a comment

4 Comments

  1. kau terlupa Scorpene ke?? spare parts Scorpene yg malaysia beli jauhhhh lebih nilai nye banding dgn kesemua yg kau listed tu. lu fikir lah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape lembab ko ni?hari2 beli spare part ke?Kp ingat sale loreal,ape lancau semua tu sehari berapa?sembang macam tau.Kalau aku tanya mana scorpene parking pun tak tau ko ni.dasar sampah.

      Delete
  2. terbaik admin...info berguna....nanti update lagi ye

    ReplyDelete
  3. Halo,
    Nama saya ANITA LANSAM (lansamanita@gmail.com) dari Tambun, Indonesia Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ALLAH yang telah mengakhiri penderitaan saya melalui Avants Loans karena telah memberikan pinjaman sebesar Rp280.000.000,00. Bagi yang sedang mencari pinjaman harus sangat berhati-hati karena banyak sekali lender palsu dimana-mana, hanya sedikit yang asli. Saya mengatakan ini karena saya scammed hampir Rp40jt. Hanya PINJAMAN AVAN yang nyata dan tepercaya karena mereka mentransfer pinjaman saya ke rekening saya tanpa menghabiskan banyak waktu. Mereka yang mencari pinjaman online asli dan sah harus menghubungi AVANTS LOAN melalui
    Email: (avantloanson@gmail.com)
    Whatsapp: (+6281334785906)

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda