Toyota Vellfire KEP5000 'disorok' nombor plat ditutup dengan kotak

KENDERAAN mewah jenis Toyota Vellfire yang dibeli oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk kegunaan MB Pas Kedah sekali lagi mencetuskan kontroversi di media sosial hari ini apabila dua keping gambar kenderaan itu yang dikatakan cuba 'disorok' tersebar seterusnya menjadi bualan hangat netizen.

Meskipun kenderaan mewah berwarna hitam itu ditutup pada bahagian belakangnya dipercayai bagi menutup nombor pendaftarannya dengan sekeping kotak, namun ia masih boleh dilihat dengan jelas dari bahagian hadapan.

Vellfire KEP5000

Turut disebarkan sepucuk surat dari Pengurus Kanan, Jabatan Pengurusan Aset SADA, yang memohon agar diberikan kebenaran kepada wakil pembekal kenderaan bagi melepasi sekatan jalanraya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Daerah Kota Setar.

Dalam erti kata lain surat ini disediakan oleh pihak pengurusan SADA agar pemandu kenderaan KEP5000 ini dibenarkan melepasi sekatan jalanraya.


Surat itu juga secara jelas menyatakan bahawa kenderaan dengan nombor pendaftaran KEP5000 jenis Toyota Vellfire 2.5 ZG telah ditempah oleh SADA untuk kegunaan pengerusi Syarikat Air Darul Aman bagi menjalankan tugas tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Surat SADA KEP5000

Sebelum ini Menteri Besar Kedah menerima kritikan hangat dari orang ramai terutama rakyat Kedah, selepas isu pembelian Vellfire itu tersebar ke pengetahuan umum.


Pihak SADA sebelum ini menafikan bahawa pembelian kenderaan mewah itu ada kaitan dengan MB Kedah.

Sila klik link berikut sebagai rujukan

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan