20 anggota polis dipindahkan kerana disyaki bersekongkol dengan Macau Scam dan judi online

PEGAWAI kanan polis antara 20 anggota yang berdepan tindakan kerana disyaki bersekongkol dengan individu ditahan semasa siasatan sindiket judi online dan Macau Scam.


Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata pemindahan kakitangan dan pegawai yang terlibat itu merupakan langkah pertama oleh pihak polis di dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang bersekongkol dengan penjenayah.

Hamid Bador

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai pegawai-pegawai polis yang akan diambil tindakan.

"Tindakan telah diambil. Langkah pertama dengan memindahkan mereka keluar dari tempat yang sensitif. Langkah kedua, jika terdapat bukti lain kami akan ambil tindakan lanjut,"


"Jika saya tidak silap 20 kakitangan. Akan ada lebih banyak perpindahan. Tidak ada yang sensasi tentang ini. Jika ia terjadi kita akan siasat. Jika ada bukti kita akan ambil tindakan," katanya hari ini.

Abdul Hamid sebelum ini dilaporkan berkata semua pegawai dan kakitangan yang ditugaskan bersama Jabatan Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap, jabatan Siasatan Jenayah, dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan ditapis oleh jawatankuasa khas Bukit Aman bagi memastikan hanya mereka yang berintegriti ditempatkan di jabatan yang "panas" itu.

Lapan anggota polis termasuk seorang pegawai-pegawai kanan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu bagi membantu siasatan pengubahan wang haram dari kegiatan judi atas talian dan Macau Scam.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Zainuddin Yaacob berkata, 2,676 kes telah berjaya diselesaikan oleh pihak polis manakala 1,420 kes telah dibawa ke mahkamah.

Menurutnya lebih 3,000 kes melibatkan mangsa wanita yang kebanyakkan mereka berusia 51 tahun ke atas. Mangsa-mangsa diberikan tekanan dan ditakutkan akan ditangkap dan dilokap, selain diugut harta mereka akan dirampas.

1 Comments

  1. Pegawai polis, tak kira berapa tinggi pangkat, sama spt rakyat biasa mesti didakwa dan dihukum jika didapati bersalah oleh mahkamah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan