Hanya satu klik wang simpanan dalam bank lesap

SEORANG pelajar dari salah sebuah universiti di Malaysia berkongsi pengalaman menerusi Facebook bagaimana dia menjadi mangsa penipuan, di mana hanya kerana satu klik seluruh wang simpanan dalam akaun bank miliknya lesap sekelip mata.



Pada 14 November lalu, Hong Zhen menerima satu mesej pesanan ringkas dari nombor 68833, mengatakan kononnya akaun bank miliknya akan dibatalkan.

Mesej Scammer

Oleh kerana pautan yang diterima dalam mesej itu kelihatan hampir sama seperti SMS yang biasa diterima oleh orang ramai, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa.

Selepas dia mengisikan informasi, tiba-tiba sistem berkenaan menghantar satu mesej "approve tag" selepas dia mengetik butang berkenaan, kesemua wang simpanan dalam akaun banknya lesap.


Menurut Hong Zhen, dalam akaun banknya mempunyai simpanan berjumlah RM3000. Namun sebagai seorang pelajar kolej, jumlah itu amat besar baginya, ia boleh digunakan untuk belanja makan dan minum selama beberapa bulan.

"Bagi saya yang belum habis belajar, ia boleh menampung kos hidup selama sekurang-kurangnya 6 bulan di Kuala Lumpur," katanya.

Tambahnya lagi, meskipun dia telah membuat laporan polis dan memaklumkan kepada Perkhidmatan Pelanggan CIMB Bank berhubung kejadian itu, namun tiada pihak yang boleh memberi jaminan untuk wang yang lesap itu diperolehi kembali.

Dia berharap perkongsian itu boleh dijadikan iktibar oleh orang ramai agar lebih berhati-hati dengan kaedah licik penipuan yang dialaminya.

Sumber — Facebook


Kaedah penipuan seperti ini dipanggil "phising" di mana penjenayah menggunakan pautan (link) yang seakan-akan sama seperti laman sesawang yang sah.

Apabila mangsa masuk ke halaman sesawang itu dan memasukkan butiran seperti 'username' dan 'password', maka maklumat itu berjaya diperolehi oleh penjenayah berkenaan.

Dengan butiran itu telah terdedah, maka penjenayah boleh memanipulasi data itu dengan pelbagai cara untuk mencuri duit mangsa.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan