i-Sinar KWSP boleh keluarkan maksimum RM60,000

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini tentang i-Sinar membenarkan pencarum yang layak untuk mengeluarkan wang dari akaun 1 KWSP sehingga RM60,000 maksimum.



"Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat,"


i-sinar pengeluaran maksimum RM60,000

"Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 (enam) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan," tulis kenyataan itu.

Menurut KWSP, ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam akaun satu tertakluk kepada baki minimum RM100.


Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan kebawah bagi akaun satu akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 di mana amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahulan pertama sehingga RM4,000.

Pencarum yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, juga mempunyai akses 10 peratus, namun amaun maksimum yang boleh dikeluarkan adalah berjumlah RM60,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Menurut KWSP perincian itu dibuat selepas meneliti dan menilai keadaan semasa bagi memperluaskan skop i-Sinar yang meliputi pencarum kehilangan kerja, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.


i-Sinar dijangka akan memberi manfaat kepada dua juta pencarum yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion dana tersedia untuk tujuan itu.

Bagaimanapun ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baru akan dikreditkan 100 peratus dalam akaun 1 sehingga pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.

Selepas itu caruman akan kembali kepada kadar asal iaitu 70 peratus bagi akaun 1 dan 30 peratus bagi akaun 2.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan