Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai bulan depan

PERMOHONAN i-Sinar yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat mulai bulan depan.



Semua amaun yang diakses bakal dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon mulai Januari tahun depan.

KWSP

Setakat ini KWSP dilaporkan sedang mengaturkan perincian terhadap kemudahan akses untuk akaun 1 pencarum dan perkara itu akan mula diisytiharkan pada 18 November ini.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi bersama pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa selain memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.


"KWSP yakin amaun boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan dari akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari yang telah dilancarkan April lalu, dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka pendek," kata kenyataan itu.

i-Sinar adalah lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan berakhir pada bulan Mac 2021.

Dalam pembentangan bajet 2021 tempohari Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan kebenaran untuk pengeluaran dana dari akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan selama setahun bagi pencarum yang kehilangan kerja. 

 Dana berjumlah RM4 bilion terlibat dalam kelonggaran itu yang katanya untuk meringankan beban kewangan seramai 600 ribu pencarum KWSP

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan