Azmin bercita-cita mahu jadi PM kata Tun Mahathir

MENTERI Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali bergabung dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri kata Tun Mahathir.



Menurutnya, Azmin dan Muhyiddin mendapat hasil paling lumayan dan kerana itu mereka beriya-iya merancang untuk menubuhkan Kerajaan PN (Perikatan Nasional).

Tun Mahathir

"Jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling lumayan," tulisya dalam satu kenyataan bertajuk Tuduhan palsu Azmin di Facebook rasminya.

Tun Mahathir turut mengimbau kedudukan Azmin di dalam Keadilan dan PH yang amat terancam sebelum ini, dan mendakwa Anwar dan penyokongnya merancang untuk menjatuhkan Azmin bermula sejak pemilihan Keadilan.


"Anwar secara terbuka menyokong Rafizi yang menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden dan apabila usaha tersebut gagal muncul pula video yang mengaitkan Azmin dengan perlakuan seks sumbang,"

"Ini menambah tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terlibat di dalam penyebaran video tersebut, kedudukan Azmin di dalam Keadilan serta hubungannya dengan Anwar menjadi 'untenable' atau tidak boleh diperbaiki,"

"Kerana itu walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton tetapi saya faham kenapa dia berbuat demikian," tulisnya.

Menurut Tun Mahathir, apa yang paling penting bagi Azmin ialah menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, dan jika PH masih memerintah Anwar akan berpeluang menjadi PM.


"Di masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi PM. Kerana itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri," tulisnya.

2 Comments

  1. Gaduh... Jgn tak gaduh
    Gasak sama sendiri
    Tepuk!!!!
    Atau sandiwara saja?
    Padan muka dua kepala anti reformis

    ReplyDelete
  2. Satu lagi contoh pemimpin politik lebih mementingkan diri dari kebajikan rakyat dan bersifat cronyism. Apa salahnya kalau Rafizi menang walaupun disokong oleh DSAI. Itu perkara biasa kepada seorang ketua memilih individu yang serasi bekerja dengannya.

    "Kerana itu walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton tetapi saya faham kenapa dia berbuat demikian," tulisnya (Tun M)

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post

iklan