Cara merawat resdung mudah dan mujarab

HARI ni aku nak kongsi satu petua cara merawat resdung yang paling mudah dan mujarab. Petua ni aku dapat dari seorang makcik di kampung.


Aku sendiri pernah amalkan, dan hasilnya sangat bagus. Dalam masa lebih kurang seminggu atau dua sudah boleh rasa perubahan, gatal-gatal di bahagian tekak dan hidung jelas sangat berkurangan.

Petua ini sangat mudah, hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati, iaitu sebiji limau nipis dan kira-kira seikat daun pandan.

Kalau anda tinggal di kawasan kampung rasanya mudah nak dapat daun pandan sebab biasanya ramai orang tanam daun pandan di kampung-kampung. Limau nipis pun tak susah nak dapat boleh dibeli dari supermarket ataupun pasar.

Tapi kalau anda tinggal di kawasan bandar, mungkin sedikit sukar nak dapat daun pandan tapi masih boleh dibeli di pasar.


Cara menghasilkan ramuan penawar resdung.

Dapatkan dulu sebiji limau nipis dan seikat daun pandan. Sediakan satu bekas untuk mengisi ramuan yang akan diadun nanti.

Daun Pandan
Daun pandan dipotong pendek-pendek sebelum ditumbuk sampai lumat.


1. Mula-mula daun pandan tadi potong pendek-pendek sebelum ditumbuk atau dikisar menggunakan 'blender' supaya ia menjadi lumat. Aku malas nak guna 'blender' tapi kebetulan di rumah ada batu lesung jadi aku tumbuk je daun pandan tu sampai lumat.


2. Kemudian belahkan atau potong limau nipis tadi dan airnya perahkan ke dalam campuran daun pandan yang telah lumat tadi, seterusnya gaulkan agak-agak sampai sebati.

3. Apabila sudah sebati, boleh lumurkan campuran air limau nipis dan daun pandan tadi ke muka, ke bahagian hidung dan pipi. Sebelum ni aku sapu je ke seluruh muka, sampai ke dahi-dahi pun aku sapu. Biarkan selama lebih kurang 10 atau 20 minit. Masa aku buat tu, aku biarkan je sampai kering, kemudian baru bilas dengan air, entah berapa minit pun tak tau. Lakukan sehari tiga kali macam tu.

Limau Nipis
Potong sebiji limau nipis kepada beberapa bahagian supaya mudah untuk diperah.

Selepas seminggu, anda akan dapat rasa perubahannya, kalau biasanya bangun tidur hidung rasa gatal-gatal, lepas amalkan menyapu ramuan tadi, biasanya semua rasa gatal-gatal itu akan hilang.


Cuma biasanya kalau anda mempunyai kulit yang agak sensitif, mungkin akan rasa sedikit pedih selepas ramuan tadi di sapu pada muka, tapi tak perlu risau rasa pedih itu cuma sementara saja. Bila kulit muka kita dah 'adapt' dengan ramuan tu, rasa pedih pun akan hilang.

Mudah kan? Selamat mencuba, boleh juga kongsikan petua ini kepada kawan-kawan lain yang ada masalah resdung. Tak perlu beli ubat yang mahal-mahal, sebab ada cara yang mudah.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan