Dua beradik diburu jual beli akaun dan kad bank untuk transaksi wang haram

GOLONGAN berpendapatan rendah menjadi sasaran kumpulan penjenayah untuk membeli akaun dan kad bank mereka pada harga rendah, sebelum menjualnya semula kepada kumpulan penjenayah dengan harga yang lebih tinggi lapor chinapress.com.my


Siasatan polis mendapati akaun-akaun bank ini bukan sahaja digunakan sebagai 'akaun keldai' untuk penipuan pinjaman wang yang tidak wujud, malah turut digunakan untuk transaksi penyeludupan dadah, pengubahan wang haram dan sindiket jenayah antarabangsa.

Akaun Keldai

Pengarah Biro Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob mendedahkan bahawa pihak polis bersama dengan pasukan polis dari tiga negeri iaitu Perak, Selangor dan Kuala Lumpur telah menahan 9 lelaki dan wanita berbangsa Cina dan seorang lelaki Melayu bagi membantu siasatan.

Menurutnya pihak polis sehingga kini masih memburu 2 orang adik beradik yang dilaporkan terlibat dalam kes itu bernama Lee Kim Boon, 31 dan adiknya Lee Kim Soon, 30 yang tinggal di Klang sebagai alamat terakhir.


"Siasatan awal mendedahkan, ahli kumpulan tersebut membeli akaun-akaun dan kad bank pada harga RM500 hingga RM800, dan menjualnya semula pada harga di antara RM2,000 hingga RM3,500 setiap satu," katanya.

Zainuddin berkata kumpulan itu didapati aktif sejak tahun lalu. Pihak polis setakat ini telah menerima 32 laporan melibatkan nilai berjumlah RM1,153,658.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan