Huru-hara! Ribuan pelancong dipaksa jalani kuarantin dalam Airport Shanghai

RIBUAN pelancong dikepung dan dipaksa menjalani kuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai selepas dua pekerja kargo didapati positif Covid-19 pada hari Ahad lalu (22 November).


Namun difahamkan tidak semua mereka memberikan kerjasama baik dengan pengumuman yang dibuat secara tiba-tiba itu, sekaligus menyaksikan orang ramai cuba melarikan diri dari kepungan pihak berkuasa.

Huru Hara

Video keadaan huru-hara itu turut dimuat naik ke  Twitter oleh ramai pengguna media sosial berkenaan.

"Huru-hara teruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong #Shanghai di China, selepas pengumuman mengejut pihak berkuasa untuk menjalankan ujian Covid-19 kepada semua kakitangan selepas dua kes positif. Orang ramai cuba untuk memecahkan kepungan ketika dipaksa menjalani kuarantin," tulis @raveenaujmaya yang memuat naik video tersebut di akaun Twitter.


Satu lagi video yang dimuat naik oleh Cari Clemen, menunjukkan kerumunan ramai pelancong dilihat menolak pihak berkuasa yang lengkap dengan pakaian perlindungan anti-virus PPE.


Jumlah mereka yang sedikit berbanding orang ramai dilihat cuba menghasilkan benteng manusia dengan memegang tangan antara satu sama lain bagi mengelakkan tiada sesiapa berjaya melarikan diri.

Namun begitu difahamkan terdapat sebahagian mereka yang berjaya meloloskan diri.


Menurut laporan Global Times, rakaman video yang banyak dimuat naik di Twitter itu adalah suasana orang ramai yang berada di tempat letak kereta bawah tanah Lapangan Terbang Pudong, ketika mereka dipaksa menjalani ujian saringan secara beramai-ramai.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan