Isteri paksa suami jual balik PS5 lepas kantoi itu bukan 'air purifier'

PlayStation 5 (PS5) telah dilancarkan secara rasmi pada 19 November 2020 di seluruh dunia kecuali beberapa negara termasuk Indonesia, China dan Amerika Selatan.


Penjualan konsol permainan video itu mendapat sambutan hangat peminat seluruh dunia disebabkan oleh jumlahnya yang terhad ketika pelancaran.

PlayStation 5

Namun ada kisah lucu dari Taiwan, seorang lelaki Jin Wu, pada 21 November 2020 berkongsi cerita menerusi akaun Facebook, bagaimana dia dapat membeli konsol PS5 dengan harga yang sangat murah.

Sumber - Facebook

Menurutnya dia telah bertemu dengan seseorang yang mahu menjual PS5 sehari sebelum itu iaitu pada hari Jumaat 20 November 2020.


Dia telah menghubungi penjual berkenaan selepas berjanji untuk bertemu di lokasi yang dirancangkan.

Ketika membuat panggilan, Jin Wu bercakap dengan seorang wanita dan dia merasakan suaranya tidak seperti seorang 'kaki game,' tambahnya lagi harga PS5 yang ditawarkan begitu murah tidak mungkin didapati di mana-mana, namun wanita itu bersungguh-sungguh mahu menjualnya seperti ada yang tidak kena.

"Apabila penjual itu tiba, dia seorang lelaki separuh umur. Sekali imbas pun anda boleh agak dia memang seorang kaki game," tulis Jin Wu.

Selepas memeriksa barangan yang ditawarkan, Jin Wu memulakan perbualan dengan penjual berkenaan.

"Dari mana awak beli konsol ini?"

"Pchome (sebuah gedung utama di Taiwan),"

"Oh cepat awak buat pesanan konsol ini ya. Awak berjaya beli dua ke? Kenapa awak nak jual yang satu ini?"


Lelaki itu terdiam seketika sebelum menjawab.

"Sebenarnya isteri saya yang paksa jual..." 

"Saya terdiam selepas melihat matanya. Saya dapat rasa kesakitan yang dia tanggung," tulis Jin Wu.

"Nampaknya wanita masih boleh membezakan antara konsol PS5 dengan penulen udara (air purifier),"

Kiriman Jin Wu itu menjadi tular di Facebook, sekaligus menerima pelbagai reaksi dari orang ramai.

Sebelum ini, ketika mula-mula PlayStation 5 dilancarkan segelintir pengguna internet membandingkannya dengan beberapa alat elektronik lain yang kelihatan serupa termasuk penulen udara.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan