Kenapa hanya 13 MP pembangkang bangun minta undi belah bahagi Belanjawan 2021?

KECOH di media sosial hari ini apabila hanya 13 orang Ahli Parlimen yang bangun untuk meminta diadakan undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021.


Jumlah minimun 15 ahli parlimen diperlukan supaya diadakan undi belah bahagi sama ada mahu menyokong atau menolak belanjawan 2021 di peringkat dasar. 

Undi Belah Bahagi
Hanya 13 MP bangun, difahamkan ketika ini semua ahli parlimen pembangkang sedang menoleh ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunggu sebarang isyarat dari beliau.

Apabila tidak cukup jumlah lima belas Ahli parlimen, maka undian belah bahagi tidak lagi diperlukan.

Inilah yang menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat yang tidak berpuas hati dengan Belanjawan 2021. Kalau keperluan minimun 15 orang ahli parlimen pun tak cukup, macam mana nak tolak Belanjawan 2021 di dewan rakyat, itu antara hujah mereka.


Perlu diketahui sebenarnya selepas apa yang berlaku hari ini tidak bermakna belanjawan2021 telah lulus. Sebaliknya ia baru di peringkat dasar.

Selepas ini akan ada dua minggu tempoh perbahasan dan akan ada undian di peringkat jawatankuasa.

Setiap Kementerian selepas ini akan diuji secara khusus, setiap program bagi setiap jabatan, dan setiap dana yang diperuntukkan juga akan diteliti secara terperinci. Jika perlu akan dikalahkan menerusi undian.


Malah selepas itu pun masih akan ada satu lagi undian. Maka hari ini bukan pengakhiran proses perjalanan sebenarnya masih panjang.

Lagipun Pakatan Harapan bukan menolak semua Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh kerajaan, seperti bantuan untuk pejuang barisan hadapan, pengeluran KWSP dan lain-lain.

Pakatan Harapan hanya menolak belanjawan tertentu yang dilihat tidak menguntungkan rakyat seperti Peruntukan lebih RM80 juta untuk unit propaganda JASA dan beberapa peruntukan untuk agensi tertentu demi keuntungan politik semata-mata.

Maka tidak wajar jika belanjawan 2021 ditolak secara total, di peringkat dasar lagi, seolah-olah semua belanjawan itu tidak diterima langsung oleh pembangkang, sekaligus akan menggambarkan pembangkang hanya tahu membangkang apa saja yang dibuat oleh kerajaan walaupun ada perkara yang baik.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan