Pegawai Imigresen miliki kereta mewah Roll Royce Phantom, Mustang, Audi dan Range Rover ditahan

SEORANG pegawai imigresen yang hanya gred KP19 dilaporkan mampu memiliki 4 buah kereta mewah Roll Royce Phantom, Mustang, Audi dan Range Rover sangat mengejutkan.


Kesemua empat buah kenderaan mewah itu dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pegawai Imigresen berkenaan dipercayai terlibat dengan sindiket pemalsuan cap sempadan.

Kenderaan mewah dirampas

Menurut SPRM kenderaan itu didaftarkan atas nama dua orang warga China yang dipercayai merupakan agen pekerja asing China beroperasi di Malaysia, dan dua lagi ejen lelaki tempatan.


"Setakat ini SPRM telah menahan 50 orang di bawah Ops Selat, yang melibatkan pemalsuan cop kemasukan sempadan negara," lapor Bernama yang memetik sumber dalaman suruhanjaya itu.

Kereta mewah dirampas

Penahanan itu termasuk 28 pegawai imigresen pelbagai pangkat, 17 ejen dan lima yang lain.

Selain itu penyiasat SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM800,000, 26 kenderaan mewah, empat motosikal berkuasa tinggi, termasuk hartanah berbentuk rumah, tanah, barangan kemas dan lain-lain kata sumber itu.


Ops Selat merupakan operasi pelbagai agensi yang telah menjalankan serbuan di Putrajaya, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching berkait dakwaan pegawai kakitangan imigresen yang bersekongkol dengan sindiket jenayah.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan