Pesawat ringan buat pendaratan cemas di lebuhraya PLUS dekat Sedenak Johor

DUA juruterbang Warga Singapura dilaporkan stabil selepas pesawat ringan yang diterbangkan mereka melakukan pendaratan cemas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan ke arah selatan berdekatan Sedenak Johor pagi ini.



Ketua Eksekutif Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Kapten Chester Voo berkata pesawat peribadi milik Premier Air Singapore itu diterbangkan dari Senai menuju ke Melaka ketika kejadian berlaku.

Pesawat ringan buat pendaratan cemas di lebuhraya

"Menara kawalan udara CAAM Johor telah menerima satu panggilan pada 10.40 pagi dari juruterbang pesawat berkenaan meminta kebenaran untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Senai di Johor Bahru selepas mengalami masalah teknikal," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Voo lagi, pesawat Beecraft Model 35 Bonanza telah dipindahkan ke satu lokasi supaya tidak mengganggu kelancaran trafik di lebuhraya berkenaan.


Katanya pasukan mencari dan menyelamat telah menyelesaikan tugas dan satu siasatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan