Restoran di Pulau Pinang sediakan barang dapur percuma kepada sesiapa yang memerlukan

SEBUAH restoran di Pulau Pinang, menyediakan satu sudut "food bank" yang memberikan barangan dapur dalam bentuk makanan kering percuma untuk mengisi perut bagi sesiapa yang memerlukan.


Restoran Minah yang terkenal dengan masakan kari kepala ikan dan nasi ayam itu mengalu-alukan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa dan agama yang terjejas akibat Covid-19 untuk mengambil barangan dapur yang di tempatkan di suatu sudut dalam premisnya.

Restoran Minah

Anak kepada pemilik restoran, Ahmad Danial Muhammad Noor yang turut bertugas di restoran itu dilaporkan berkata, inisiatif yang baru bermula sejak minggu lalu itu, menyaksikan ramai warga emas, golongan kelainan upaya, dan ibu tunggal telah datang untuk mengambil barangan dapur kering seperti beras, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

"Lebih senang untuk menyimpan makanan kering dalam peti sejuk, kerana ia boleh disimpan berhari-hari,"

Tambahnya lagi, ramai warga emas yang datang ke kedainya bertanya jika ada kerja kosong sebagai pelayan di restoran itu, namun dia terpaksa menolaknya kerana premis itu kini sedang bergelut dengan masalah kewangan akibat pandemik.


"Saya dan ayah bernasib baik kerana restoran kami masih beroperasi, jadi kami masih ada makanan setiap hari," 

"Namun tidak ramai yang bernasib baik seperti kami, dan perkara itu memberi tamparan kepada saya, jadi saya perlu buat sesuatu untuk membantu," ujarnya.

Menurutnya lagi, pada peringkat awal dia mengeluarkan wangnya sendiri untuk membeli makanan kering dan menyimpannya dalam sebuah peti sejuk yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

"Akhirnya kawan-kawan dan orang ramai yang yang datang mengetahui inisiatif itu turut mendermakan makanan, malah ada yang memberikan duit supaya saya boleh membeli makanan,"

"Salah seorang kawan saya bekerja dengan badan bukan kerajaan, dia tahu golongan yang memerlukan jadi dia meminta mereka datang ke restoran saya," katanya.

Perkara itu turut diumumkan menerusi akaun facebook Minah Restaurant.

"Kepada sesiapa yang memerlukan, kami menyediakan food bank untuk membantu mereka memerlukan tak kira bangsa agama umur,"


"Dengan izin Allah dan sokongan pelanggan / pengunjung yang tak putus-putus, Kami akan cuba membantu sebaik mungkin di masa PKPB."

"Ambillah apa yang diperlukan dan jika ada yang ingin menderma boleh hubungi 0172815317,"

"Food Bank, take what you need, give what you can,"

Food Bank

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan