Rider Foodpanda kena cekik dengan pelanggan (video)

PELANGGAN yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan seorang penghantar makanan kerana tidak boleh menghantar pesanan ke tingkat atas, bertindak mencekik seorang rider Food Panda yang dilihat sedang terbaring di atas jalan tar.



Pergelutan mereka telah dirakam dan dimuat naik menerusi media sosial Facebook sekaligus menarik perhatian ramai netizen.

Rider Foodpanda kena cekik

Laman Facebook Ehailing.fm yang memuat naik rakaman video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang lelaki memakai seragam Food Panda bergelut untuk melepaskan diri daripada seorang lelaki berbadan tegap yang dilihat sedang mencekik lehernya.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Cheras, rider foodpanda itu dilaporkan tiba di kawasan apartment kediaman seorang pelanggan yang telah membuat pesanan, namun dia tidak dibenarkan untuk naik ke tingkat atas oleh pihak pengawal keselamatan, namun dibenarkan untuk menunggu di lobi.


Rider foodpanda berkenaan telah menghubungi pelanggan tersebut mengatakan dia tidak dibenarkan naik untuk menghantar pesanan. Kedua mereka disyaki bertengkar di telefon menyebabkan pelanggannya berasa marah.

Selepas pelanggan berkenaan turun maka terjadilah pergaduhan dalam rakaman tersebut.

Difahamkan juga rider foodpanda berkenaan meskipun memakai seragam syarikat, dia sebenarnya meminjam 'nama' seorang rakannya untuk menjalankan kerja menghantar makanan.


Perbalahan itu bagaimanapun difahamkan telah diselesaikan secara peribadi, dan tiada sebarang laporan polis dibuat.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan