Kenapa tindakan MP Amanah semalam tidak selari dengan MP Pakatan Harapan di Dewan Rakyat?

RAMAI yang mempersoalkan kenapa Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) bangun meminta diadakan undi belah bahagi Belanjawan 2021, dimana tindakan itu dilihat tidak selari dengan ahli parlimen lain daripada Pakatan Harapan.


Menurut Khalid Samad, lapan orang anggota daripada partinya merupakan antara 13 orang termasuk Tun Dr Mahathir dari parti Pejuang yang berdiri meminta undian belah bahagi semalam.

Khalid Samad

Tindakan mereka yang dilihat tidak selari semalam menurutnya kerana mereka tidak mendapat maklumat bahawa semua ahli parlimen Pakatan Harapan sebenarnya telah diberitahu untuk tidak bangun menentang Belanjawan 2021 di peringkat dasar.

"Apa yang telah berlaku di parlimen sangat tidak dijangka. Kami tidak ada masa untuk berbincang apa yang perlu dibuat selepas mendengar tentang semua penambahan di dalam belanjawan yang diumum oleh Menteri Kewangan,"


"Beliau menawarkan begitu banyak gula-gula kepada rakyat, yang saya fikir mereka bimbang bagaimana kita akan dilihat jika ambil keputusan menolak bajet, yang membawa maksud rakyat Malaysia tidak akan dapat gula-gula yang ditabur oleh menteri kewangan,"

"Namun ia tidak bermakna Pakatan Harapan telah berpecah. Kami masih bersatu dan saya ingin katakan bahawa Belanjawan 2021 merupakan sandiwara. Ia dipenuhi penipuan, muslihat dan caca marba," katanya ketika ditemubual oleh Jom Channel.

Menurut Khalid, beberapa orang ahli parlimen seperti setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, duduk berdekatan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh itu mereka dapat mendengar arahan untuk tidak berdiri meminta undian belah bahagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah memberi penjelasan mengapa beliau meminta ahli parlimen pembangkang agar tidak menghalang Belanjawan 2021 di peringkat dasar iaitu antaranya bagi mengelakkan dilihat sebagai pihak yang menghalang rakyat Malaysia daripada menerima bantuan yang diusulkan.


Sebelum undian dijalankan semalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku zafrul Abdul Aziz mengumumkan beberapa persetujuan terhadap permintaan dari kedua-dua pihak yang bertentangan ideologi politik, antaranya termasuk melanjutkan moratorium pinjaman untuk semua golongan B40 dan peniaga kecil. 


Tengku Zafrul juga membuat pengumuman untuk membenarkan lapan juta pencarum KWSP mengeluarkan wang sehingga RM10,000 dari akaun 1 secara 'one off' berbanding cadangan sebelum ini yang hanya membenarkan pengeluaran RM6,000 bagi tempoh 12 bulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan