Roti Gardenia naik harga mulai 1 Disember

HARGA bagi 9 produk Gardenia dilaporkan naik bermula 1 Disember 2020.

Berdasarkan satu notis yang dikeluarkan oleh Gardenia Bakeries (Kuala Lumpur) Sdn Bhd, harga jualan Delicia Butterscotch, Delicia Choco Raisin, Delicia Rasberry Milk & Cranberries, dan Toast'em Butter Raisin akan dinaikkan kepada RM4.70 kenaikan sebanyak RM0.20


Manakala produk Squiggles Choco Malto, Squiggles Funky Stawberry, Delicia Soft Roll Butter Toffee, Fluffy Bun Red Bean dan Delicia Sambal Bilis akan diselaraskan kepada 88 sen, dan harga jualan dinaikkan kepada RM1.10

roti gardenia naik harga

Menurut Gardenia, syarikat itu menyelaraskan harga berkenaan disebabkan kenaikan harga kos bahan mentah seperti sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

"Kami akan memberi perhatian di dalam meningkatkan usaha menambahbaik produktiviti dan keberkesanan operasi. keputusan untuk menaikkan harga produk adalah pilihan terakhir," katanya dalam satu kenyataan media.


Menurut syarikat itu lagi, produk-produk lain yang tidak disenaraikan tidak akan mengalami kenaikan harga kali ini.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, harga baru untuk pelanggan akan mula dicetak pada produk-produk terbabit bermula pada 28, 29 dan 30 November 2020.

Bagaimanapun harga baru akan mula dikenakan mulai 1 Disember 2020. Manakala semua produk dengan harga lama akan ditarik balik dari pasaran selewat-lewatnya pada 1 Disember 2020. 

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan