Taktik scammer duit lama menipu mangsa, jangan sampai tertipu!

SELALU kita nampak ada akaun Facebook tertentu yang mengiklankan kononnya mereka mahu membeli duit lama dengan harga yang lumayan.



Mereka ini biasanya menggambarkan diri sebagai individu dari luar negara yang merupakan seorang pengumpul duit-duit lama, 'old money collector' dan aktif di pelbagai grup Facebook.

Scammer duit lama
Salah satu contoh scammer cuba mengumpan mangsa di group Facebook.

Ramai yang sudah menjadi mangsa scammer yang menggunakan taktik ini. Terbaru seorang pelajar tingkatan 6 dari Melaka dilaporkan menjadi mangsa terbaru scammer dengan modus operandi membeli duit lama ini.

Pelajar berkenaan, dilaporkan telah ternampak satu iklan di Internet di mana seseorang menawarkan untuk membeli duit lama dengan harga yang tinggi.


Dia yang tertarik dengan tawaran itu telah menghubungi pengiklan tersebut. Scammer ini telah menawarkan untuk membeli sekeping wang RM2 lama dengan harga RM50,000.

Pihak scammer itu kemudian telah menyamar sebagai seorang Pegawai Bank Negara dan menghubungi pelajar tingkatan 6 tadi.

Pegawai bank yang menyamar itu mengatakan kepada mangsa kononnya RM50,000 telah dibayar namun dia perlu menjelaskan bayaran cukai sebelum wang itu dipindahkan ke akaun bank miliknya.

Tanpa mengesyaki apa-apa pelajar tadi menurut sahaja arahan pegawai bank yang menyamar itu. Akibatnya dia kerugian lebih RM10,000.


Tolong pesan dan ingatkan ahli keluarga, rakan dan kenalan, kalau nampak iklan tawarkan nak beli duit lama seperti ini, jangan percaya, jangan sampai jadi mangsa seterusnya. 

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan