Tangan wanita lumpuh selepas derma darah

NIAT murni untuk berbakti kepada masyarakat bertukar tragedi kepada seorang remaja wanita yang mendapati tangannya lumpuh selepas menderma darah.


Empat tahun lalu ketika berusia 17 tahun, Gabriella Ekman yang berasal dari Ontario, Canada telah pergi ke sebuah program amal yang dianjurkan oleh Canadian Blood Services, untuk buat pertama kalinya menderma darah.

Derma darah

Menurut Ekman, seorang phlebotomist (kakitangan yang dilatih untuk mengeluarkan darah) menyebut perkataan "whoops," ketika jarum dicucuk di tangannya.

Dia juga perasaan beberapa kakitangan di situ mengatakan bertapa darahnya kelihatan begitu beroksigen. Ini mungkin menunjukkan bahawa darahnya disedut dari slur arteri dan bukannya salur vena di lengannya.


Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO), pendermaan darah sepatutnya diambil dari salur vena bukannya arteri.

Rujuk — WHO Guide

Namun kesilapan mencucuk arteri ketika proses mengambil darah secara amnya boleh berlaku kepada hanya 1 daripada 30,000 hingga 50,000 individu, dan ia boleh mengakibatkan komplikasi lanjut.

Selepas kira-kira 10 hingga 15 minit, Ekman mula merasakan sesuatu yang tidak kena, namun dia tidak pernah menderma darah sebelum ini, jadi dia tak dapat menjangkakan apa sebenarnya yang berlaku.

Ekman kemudiannya memberitahu kakitangan yang bertugas di situ berkenaan rasa tidak selesa di lengannya, sebelum mereka mengarahkannya untuk pergi ke hospital.

Menurutnya, dia diminta pulang ke rumah selepas doktor tidak menemui sebarang masalah pada lengannya itu.

Namun selepas beberapa minggu, tangan Ekman mula membengkak dan berasa sakit. Lengan sehingga bahunya mula kelihatan lebam sampai ke tahap dia tidak boleh lagi menegakkan tangannya.


Ketika mendapatkan rawatan di hospital, dia diberitahu bawa situasi tangannya sangat membimbangkan.

Seorang pakar saluran darah memaklumkan rupa-rupanya Ekman mengalami pendarahan salur arteri di bahagian lengan, sekaligus mengesahkan bahawa darahnya sebelum ini telah disedut dari  arteri dan bukannya salur vena.

Ekman seterusnya terpaksa menjalani pembedahan untuk menghentikan pendarahan, membuang darah beku dan merawat kecederaan pada salur darahnya.

Selepas kejadian itu kehidupan Ekman berubah sekelip mata. Meskipun selepas pendarahan berjaya dihentikan, dia masih terus merasa kesakitan di lengannya, dan keadaan itu masih berterusan meskipun selepas menjalani pelbagai prosedur dan rawatan fisioterapi.


Doktor yang merawat akhirnya mengesahkan Ekman mengalami "Complex Regional Pain Sydrome," sejenis penyakit kronik yang biasanya menjejaskan tangan atau kaki selepas mengalami kecederaan.

Gabriella Ekman

Sampai ke hari ini lengannya masih tidak boleh ditegakkan, dan dia terpaksa menjalani kehidupan harian dengan memakai "pendakap lengan," .

Sumber — CTV News Canada

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan