Telefon Huawei meletup ketika jawab panggilan

SEORANG wanita meluahkan rasa syukur selepas suaminya terselamat apabila telefon bimbit jenama Huawei yang baru 2 bulan dibeli tiba-tiba meletup ketika sedang menjawab panggilan.



Aoife Kenny dilapor sedang berbual menerusi panggilan telefon dengan suaminya Jonathan di tempat kerja sebelum peranti itu tiba-tiba meletup di tangannya. Skrin telefon berkenaan berkecai, manakala baterinya di bahagian belakang pula terbakar.

Telefon HUawei Meletup

Aoife, 25 kini cuba mendapatkan penjelasan dari syarikat pengeluar telefon berkenaan berhubung kejadian yang berlaku pada 25 Oktober lalu itu.

"Telefon itu dibeli pada 19 Ogos. Pada 25 Oktober suami saya di tempat kerja dan saya telah menelefonnya. Selepas perbualan sekitar seminit atau dua, panggilan tiba-tiba terputus," Kata Aoife dipetik oleh The Sun Irish.


Sepanjang hari tidak dapat menghubungi suaminya, membiatkan Aoife merasa risau jika ada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Apabila saya pulang ke rumah petang itu pada jam 7.00 pm, dia (suami) kata, "tengoklah telefon saya, apa dah jadi, katanya ketika dia sedang bercakap, telefon itu tiba-tiba meletup di mukanya,"

"Telefon itu terbakar di bahagian belakang dan skrin berkecai di mukanya, jadi tangan dia terbakar sedikit itulah yang berlaku,"

"Dia sangat bernasib baik kerana kaca berkecai mujur tidak masuk ke dalam mata,"

Menurut Aoife, suaminya terus mencampakkan telefon berkenaan selepas tangannya merasa terbakar.


Aoife membeli telefon Huawei P30 Lite dengan harga €229 (RM970.50) di premis Vodafone. Selepas kejadian itu dia telah menghubungi Vodafone, namun respon yang diterima meminta dia menghantar telefon itu kepada Huawei.

"Saya mahu duit saya dipulangkan, saya beritahu mereka akan bawa perkara ini ke mahkamah, Saya telah hantarkan gambar, dan saya dapat email balasan mereka tawarkan untuk perbaiki telefon itu," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan