Tempoh masa bekerja penduduk Kuala Lumpur paling lama di dunia

HASIL kajian mendapati, penduduk Kuala Lumpur menghabiskan tempoh bekerja paling lama, dan melalui tempoh paling lama untuk ke tempat kerja berbanding penduduk bandar-bandar lain di dunia.


Justeru ia menjadikan penduduk Kuala Lumpur di tangga ketiga tercorot bagi kajian keseimbangan kerja bagi tahun 2020.

Overworked Cities

Menurut kajian Kisi, pakar keselamatan berpengkalan di Amerika Syarikat, "Best Cities for Work-Life Balance 2020," Kuala Lumpur berada di tangga ke 47 daripada 50 bandar-bandar utama seluruh dunia dalam kajian kualiti yang memudahkan kerja dan kehidupan.

Keputusan itu berdasarkan satu analisis terhadap 19 faktor yang dikumpulkan di bawah 3 tema lebih besar iaitu intensiti kerja, masyarakat dan institusi, bandar dan kelangsungan hidup yang memberi kesan kepada suasana kerja secara keseluruhan.


Menurut Kisi, ia juga menilai sama ada sesebuah bandar itu menggunakan dasar-dasar kerja yang lebih bijak "dan kebolehan untuk melengkapkan penduduk dengan keupayaan untuk menikmati masa santai mereka," di samping mengkaji impak sosial dan ekonomi terhadap respon berkaitan Covid-19.

Kuala Lumpur bukan satu-satunya bandar di Asia yang menerima penilaian tercorot, Seoul berada di tangga terakhir (50), sementara Hong Kong di tangga ke 45, Bangkok, 43 dan Singapura 41 dalam kajian indeks keseimbangan kerja itu.

Apa yang menarik Tokyo berada di tangga ke-19 dunia. Tahun lalu Kuala Lumpur berada di tangga ke-40 daripada 40 bandar yang dimasukkan dalam kajian.

"Kajian ini bukan dicipta sebagai indeks kelangsungan hidup sebuah bandar, atau mengetengahkan bandar-bandar terbaik untuk bekerja, sebaliknya ia sebagai satu petunjuk kebolehan sesuatu bandar untuk menyediakan keseimbangan kerja kepada penduduknya, di samping menyediakan peluang untuk mengurangkan tekanan kerja," kata syarikat itu.

Kisi telah memilih 50 bandar untuk tinjauan berdasarkan reputasi mereka bagi menarik golongan profesional dan keluarga untuk tawaran peluang pekerjaan dan kepelbagaian gaya hidup. Ia kemudian mengumpul dan menganalisis data umum terhadap banyak faktor-faktor yang memberi kesan kepada suasana kerja.


Faktor intensiti kerja termasuk jumlah masa yang perlu dihabiskan oleh seseorang bekerja, jumlah masa bekerja, perjalanan ke tempat kerja dan cuti yang diambil.

Kelangsungan hidup sesebuah bandar pula dinilai berdasarkan kemampuan dan kebahagiaan secara keseluruhan bagi penduduk, keselamatan, akses kepada penjagaan kesihatan dan tempat-tempat riadah.

Faktor sosial pula termasuk akses kepada program kesihatan dan kebajikan tajaan kerajaan, dan juga institusi sokongan untuk kesaksamaan dan keterlibatan sosial.

Sumber — The Star

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan