Ulama Indonesia kena denda RM14,600 langgar protokol Covid-19

PIHAK berkuasa Indonesia mengenakan denda 50 juta rupiah (RM14,600) terhadap pertubuhan Fron Pembela Islam (FPI) dan pemimpinnya Rizieq Shihab kerana melanggar protokol kesihatan Covid-19 republik itu.



Arifin, seorang jurucakap pihak berkuasa yang dipetik oleh sumber berita kompas menyatakan terdapat pelanggaran protokol kesihatan ketika sambutan maulid nabi, dan majlis pernikahan anak perempuan Rizieq Shihab pada hari sabtu lalu.

Rizieq Shihab

Menurutnya satu surat saman sudah dihantar kepada Rizieq pada hari Ahad lalu.

"Semua dilayan sama. Pelaksanaan protokol Covid-19 dilaksanakan kepada semua, tiada pengecualian," kata Arifin.


Dalam surat saman itu, Arifin menjelaskan antara kesalahan yang dikenakan denda ialah kehadiran tetamu yang dijemput tanpa had, menyebabkan berlaku kesesakan.

"Acara apa saja pun yang dijalankan melanggar protokol Covid-19 akan dikenakan denda mengikut undang-undang," katanya.

Tambahnya lagi, Rizieq menerima saman itu dengan baik dan rela untuk membayarnya.


"Respon (Rizieq) baik, menerima kami untuk menegakkan undang-undang, kami sudah sampaikan dan sudah didenda dan sudah diselesaikan," katanya.

Rizieq Shihab menganjurkan majlis pernikahan anak perempuannya Sharifa Najwa Shihab pada hari Sabtu malam, mengundang kehadiran orang ramai.

Majlis pernikahan itu turut dianjurkan bersama sambutan maulid nabi.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan