Da'i Syed mengaku tidak bersalah tuduhan persetubuhan luar tabii

PENDAKWAH selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar wanita.


Dai Syed, 25 dilapor mengaku tidak bersalah dan mahu dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di depan hakim Faiz Dziyauddin hari ini.

Dai Syed di Mahkamah
Sumber Foto: Twitter redzuanNewsMPB

Dai Syed didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang mangsa berusia 22 tahun di rumah sewanya yang terletak di Empire City, Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana antara jam 3 hingga 4 pagi pada 17 Oktober lalu.

Pertuduhan dikenakan di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya di bawah Seksyen 377B (Seks luar tabii) di mana Dai Syed berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Timbalan pendakwa raya Vitiya Monisha Paranthaman mewakili pihak pendakwaan manakala Syed diwakili oleh peguam bela Syed Amirul Syed Edros.

Ketika perbicaraan, Vitiya dilaporkan memohon agar mahkamah tidak memberikan ikat jamin kepada tertuduh atas faktor keselamatan serta dikhuatiri mengganggu mangsa yang menjadi saksi utama perbicaraan.


Namun Vitiya meminta agar mahkamah menetapkan RM100,000 jika jaminan diberikan, beserta surat pengakuan untuk tidak mengganggu mangsa.

Bagaimanapun peguam bela Syed Amirul berkata anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan polis dan meminta hakim menetapkan ikat jamin minimum, kerana keadaan kewangan anak guamnya yang terjejas.

Hakim kemudian telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan beberapa syarat antaranya tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.


Dai Syed juga berdepan dengan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Shah Alam hari ini. Difahamkan tuduhan itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol.

Berita lanjut menyusul

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan